awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal

Bernama
Bernama
25/10/2019
13:17 MYT
Harga RON97 turun 9sen, RON95 dan diesel kekal
Harga tersebut berkuat kuasa tengah malam ini (Jumaat) hingga 1 Nov. - Gambar fail
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 1 Nov.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya RM2.29 seliter masing-masing.
"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.38 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.31 seliter.
"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 26 Okt 2019 sehingga 1 Nov 2019 adalah berjumlah RM87.28 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Automatic Pricing Mechanism
#diesel
#harga runcit petrol
#Kementerian Kewangan
#produk petroleum
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan