awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angelina Jolie lawat sempadan Rafah di Mesir, tinjau usaha bantuan ke Gaza
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga tiket Zoo Taiping, Night Safari diturunkan mulai 1 Jun

Bernama
Bernama
30/05/2018
21:56 MYT
Harga tiket Zoo Taiping, Night Safari diturunkan mulai 1 Jun
Penurunan harga tiket diharap dapat menggalakkan orang ramai berkunjung ke zoo, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di bandar tersebut. - BERNAMA/Fail
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata tiket untuk memasuki Zoo Taiping diturunkan daripada RM17 kepada RM16 bagi dewasa, manakala kanak-kanak daripada RM8.50 kepada RM8 setiap seorang.
Beliau berkata bagi tiket Night Safari, harganya dikurangkan daripada RM21.20 kepada RM20 bagi dewasa, sementara untuk kanak-kanak RM10.60 kepada RM10 setiap seorang.
"Selain itu, kami juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi harga tiket kepada penduduk di daerah Larut Matang dan Selama serta Kerian.
"Sementara 30 peratus ditawarkan kepada rombongan sekolah, agensi pelancongan dan pakej pendidikan, manakala warga emas diberikan diskaun 50 peratus," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Abdul Rahim berkata dengan penurunan harga tiket itu diharap dapat menggalakkan orang ramai berkunjung ke zoo sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di bandar tersebut.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 05-8086577 atau 05-8041045. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kerian
#Larut Matang
#Majlis Perbandaran Taiping
#MPT
#Night Safari
#Selama
#Zoo Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan