awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga ubat: GP perlu jelaskan isu berdasarkan kajian, fakta dan data

Bernama
Bernama
01/05/2025
10:09 MYT
Harga ubat: GP perlu jelaskan isu berdasarkan kajian, fakta dan data
Ketelusan dalam kos kesihatan adalah satu aspek penting dalam memastikan keadilan kepada pengguna. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menyarankan pengamal perubatan am (GP) agar tampil secara kolektif dengan satu kertas pendirian berasaskan data, kajian dan amalan terbaik antarabangsa berkaitan isu meletakkan harga ubat-ubatan.
Exco MACFEA Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara, GP seharusnya menjawab isu sebegini dengan pendekatan berdasarkan fakta dan penjelasan saintifik.
Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan GP dalam wacana dasar kesihatan negara malah dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perubatan swasta di Malaysia.
"Sebarang kebimbangan mengenai implikasi pendedahan harga ubat seperti kesan kepada model perniagaan klinik swasta, variasi kos logistik dan perolehan serta perbezaan formulasi ubat harus disampaikan secara telus dan bertanggungjawab agar dapat meyakinkan pihak kementerian serta rakyat Malaysia.
"Ketelusan dalam kos kesihatan adalah satu aspek penting dalam memastikan keadilan kepada pengguna," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada masa sama, MACFEA juga menyokong sepenuhnya usaha murni kerajaan yang berusaha meningkatkan ketelusan harga dalam sektor perubatan swasta selaras dengan prinsip menekankan kebertanggungjawaban, integriti dan keadilan sosial.
Beliau berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bermaklumat tetapi juga mengurangkan risiko manipulasi harga dan ketidaktelusan dalam kos rawatan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengamal perubatan am
#GP
#harga ubat
#data
#Kajian
#amalan terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan