awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
15/05/2025
03:10 MYT
Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa - Ahmad Zahid
Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara, kata Ahmad Zahid. - Gambar Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ahmad Zahid berkata, generasi muda hari ini semakin matang, berilmu serta memiliki daya fikir tinggi dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks dan mencabar.
"Atas kesedaran ini, kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, ekonomi hijau dan ekonomi digital, agar anak muda kita bukan sahaja mampu bersaing, malah bersedia memimpin perubahan masa hadapan.
"Saya yakin belia hari ini adalah pencorak masa depan. Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan semangat yang tinggi kerana masa depan negara ini amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kalian," katanya.
Sambutan Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara dan 'Yakin Boleh' dipilih sebagai tema sambutan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Belia Negara
#generasi muda
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan