awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Bumi 2022: PM komited budayakan amalan kelestarian

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2022
06:09 MYT
Hari Bumi 2022: PM komited budayakan amalan kelestarian
Menurut Ismail Sabri, usaha mempercepat pertumbuhan hijau, mempertingkat kemampanan tenaga dan mentransformasi sektor air harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob komited untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, mempertingkatkan kemampanan tenaga dan mentransformasikan sektor air.
Menerusi perkongsian di media sosial sempena Hari Bumi 2022, beliau berkata inisiatif itu harus kekal sebagai teras pembangunan sosioekonomi negara.
"Kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, berdasarkan intensiti pelepasan 2005, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.
"Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi.
"Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara," katanya.
Menerusi hantaran sama, beliau turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia supaya bersama-sama menggembleng tenaga dan menyumbang masa membudayakan amalan kelestarian demi kelangsungan generasi akan datang.
Beliau sifatkan, amalan seperti menghindari penggunaan plastik sekali guna dan penjimatan sumber tenaga perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan.
"Saya juga ingin mengajak sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar.
"Sejajar dengan Fokus Kelapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar, manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan," katanya.
Justeru, beliau turut mendoakan agar seluruh Keluarga Malaysia terus bersemangat memainkan peranan dan memikul tanggungjawab bagi mewariskan Malaysia yang lestari kepada generasi akan datang.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Hari Bumi 2022
#kelestarian alam
#komitmen Malaysia alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan