awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Hari ini … kita menang” - PM Anwar kongsi ucapan ikonik sebelum ‘pengumuman’ penghargaan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/07/2025
15:59 MYT
“Hari ini … kita menang” - PM Anwar kongsi ucapan ikonik sebelum ‘pengumuman’ penghargaan
Pengumuman itu, kata Perdana Menteri, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : “Saya ulang! Hari ini dalam pilihan raya kita menang … saya umum”.
Itu antara sedutan ucapan ikonik Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Umum 2008, yang beliau sendiri kongsikan di laman media sosialnya pada Selasa.
Menariknya, sedutan yang penuh sejarah itu, dikongsikan oleh beliau sendiri dalam tempoh kurang dari 24 jam sebelum pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang akan dibuat jam 10.30 pagi Rabu.
Pengumuman itu, kata Perdana Menteri, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.
Menurut infografik yang dikongsikan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pengumuman itu dijadual berlangsung 10.30 pagi Rabu, dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro AWANI, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.
Sementara itu, perkongsian Perdana Menteri itu disambut positif oleh rakyat, yang rata-rata terkejut melihat Anwar secara spontan mengulangi petikan ucapan berkenaan penurunan harga minyak tersebut, yang sering dijadikan bahan politik.
“Fuh ketar-ketir nak menunggu pengumuman. Semoga yang baik-baik sahaja untuk rakyat Malaysia,” kata pengguna Facebook Muhamad Nur Izwan.
“Aku ingat page troll mana la post meme ni, sekali tuan badan, hahah. Kalau tuan badan dah pakai buat troll, dah tak valid meme ni, orang kena kna cari meme lain pula, hahaha,” tulis Ammar Arif di ruang komen.
Respons yang sama juga dapat dilihat di laman X, dengan rata-rata pengguna mengharapkan pengumuman tersebut menepati jangkaan mereka berkaitan kos sara hidup yang terus membebankan.
“Honest Malaysian citizen here, I don't get it why many people hate Anwar. I think he's our best prime ministers ever. He needs time to do this. We should back him and trust the process. We can do this,” kata @not_rajvinder
“Moga ada yang manis untuk penjawat awam, saya sokong DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan keluarga,” ucap @zx_zul16 pula.
Semoga pengumuman tersebut benar-benar menepati jangkaan rakyat.
Topic Berkaitan
#Facebook
#harga minyak
#kos sara hidup
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan