awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengumuman esok cerminan komitmen reformasi - PM Anwar

Bernama
Bernama
22/07/2025
07:43 MYT
Pengumuman esok cerminan komitmen reformasi - PM Anwar
Pengumuman esok akan disiarkan secara langsung di semua saluran utama dan media sosial, - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang akan dibuat esok, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.

Ringkasan AI
  • PM Anwar umum penghargaan kepada rakyat Malaysia esok jam 10.30 pagi, sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap sokongan rakyat dalam agenda reformasi.
  • Pengumuman disiarkan secara langsung di semua saluran utama dan media sosial, namun tiada perincian lanjut diberikan tentang bentuk penghargaan tersebut setakat ini.
  • Menteri Komunikasi dan PM nyatakan harapan agar penghargaan ini bawa manfaat besar, serta jadi simbol usaha bersama ke arah masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

"Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera," katanya menerusi hantaran di media sosial.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut berkongsi bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok.
Anwar sebelum ini, ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam, berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat itu akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).
Bagaimanapun, tiada perincian lanjut diberikan mengenai bentuk penghargaan yang bakal diumumkan.
Sementara itu, menurut infografik yang dikongsikan Anwar, pengumuman itu dijadual berlangsung 10.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro AWANI, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pengumuman perdana menteri
#penghargaan kepada rakyat
#langkah reformasi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan