awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kekasih: Jangan terpedaya dengan rakan di media sosial - Polis

Bernama
Bernama
13/02/2022
10:03 MYT
Hari Kekasih: Jangan terpedaya dengan rakan di media sosial - Polis
Mangsa kes penipuan 'Love Scam' lazimnya berkenalan melalui media sosial apabila suspek menghubungi mereka dan memaklumkan akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa. - Gambar hiasan
KUCHING: Polis Sarawak mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan di media sosial, terutamanya ketika sambutan hari kekasih esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Maria Rasid berkata mereka juga dinasihatikan agar tidak mudah terpedaya dengan pujian atau pujuk rayu rakan di media sosial.
"Orang ramai perlu berhati-hati sekiranya terdapat komunikasi melibatkan wang, kerana penjenayah sedang masuk ke peringkat mencapai objektif untuk mendapatkan wang dengan menipu.
"Oleh itu, jangan sesekali dedahkan atau beri maklumat perbankan atau kewangan anda," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Maria berkata empat kes penipuan 'Love Scam' melibatkan kerugian melebihi RM128,000 dilaporkan di Sarawak sepanjang Januari lepas.
Katanya mangsa kes penipuan 'Love Scam' lazimnya berkenalan melalui media sosial apabila suspek menghubungi mereka dan memaklumkan akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa.
"Selepas itu, ahli sindiket akan menyamar sebagai pihak berkuasa di lapangan terbang dan memaklumkan kekasih mangsa ditahan, kerana membawa mata wang asing yang banyak.
"Mangsa kemudian diminta membuat bayaran ke akaun individu tidak dikenali bagi melepaskan kekasih mereka daripada tahanan pihak berkuasa. Selepas itu, kekasih media sosial tersebut tidak dapat dihubungi mangsa," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Hari Kekasih
#love scam
#gambar profil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan