awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Ketiga Mesyuarat Khas Parlimen: Isu vaksin dan tangani varian baharu jadi tumpuan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/07/2021
22:21 MYT
Hari Ketiga Mesyuarat Khas Parlimen: Isu vaksin dan tangani varian baharu jadi tumpuan
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan tindakan menangani varian baharu yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan tindakan menangani varian baharu yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari ketiga Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, disusuli sesi ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.
Antara topik yang dijangka diketengahkan termasuk kadar vaksinasi harian, langkah menangani varian baharu COVID-19, pasport vaksin, penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sasaran imuniti kelompok, campuran dos vaksin dan suntikan tambahan vaksin atau 'booster shots'.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin hingga 29 Julai, dan bersambung semula pada 2 Ogos.
Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen, termasuk yang belum divaksin, dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#imuniti kelompok
#Khairy Jamaluddin
#Parlimen
#PICK
#Pusat Pemberian Vaksin
#vaksin
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan