awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Malaysia: 200 bot nelayan sertai pertandingan bot berhias

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/09/2022
09:09 MYT
Hari Malaysia: 200 bot nelayan sertai pertandingan bot berhias
Sebahagian daripada sampan nelayan terlibat dalam perarakan di Perairan Kelubong ke Sungai Kerang dan di Jeti Lembaga Kemajuan hari ini. - Foto BERNAMA
BUKIT GANTANG: Kira-kira 200 buah bot nelayan mengambil bahagian di dalam pertandingan bot berhias di Sungai Kerang, Bukit Gantang sempena sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.
Mereka berkorban tidak ke laut hari ini semata-mata untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia di samping menunjukkan semangat patriotisme masing-masing.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, idea mengadakan pertandingan itu kerana tidak mahu nelayan berasa terpinggir daripada sebarang aktiviti national.
"Sebanyak hampir 200 buah bot nelayan-nelayan kecil hias bot mereka dengan inisiatif sendiri, beli bendera luangkan masa hias bot mereka, mereka tak ke laut dua tiga hari, ini lah pengorbanan yang dibuat oleh mereka untuk terlibat pada hari yang bersejarah ini, jadi kita dapat lihat acara ini sangat meriah," katanya.
Beliau ditemui dalam majlis sambutan Hari Malaysia dan penyerahan bantuan tong ikan berinsulasi kepada nelayan sempena Merdeka@Parlimen Tahun 2022 di Jeti Sungai Kerang, Sungai Tinggi, Bukit Gantang pada Jumaat.
Antara nelayan yang mengambil bahagian dalam perarakan di Perairan Kelubong ke Sungai Kerang dan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang hari ini. - Foto BERNAMA

Menurutnya, melihat kepada sambutan menggalakkan daripada masyarakat nelayan, beliau berhasrat mahu menjadikan program itu sebagai acara tahunan.
Dalam masa sama, katanya program itu juga akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan daerah bagi membantu menambah pendapatan nelayan tempatan.
Antara nelayan yang mengambil bahagian dalam perarakan di Perairan Kelubong ke Sungai Kerang dan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang hari ini. - Foto BERNAMA
Antara nelayan yang mengambil bahagian dalam perarakan di Perairan Kelubong ke Sungai Kerang dan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang hari ini. - Foto BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#bot nelayan
#bot berhias
#bukit gantang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan