awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
PM Anwar ucap tahniah kepada BN atas kemenangan PRK Kinabatangan, Lamag
Nouri al‑Maliki dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Iraq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Raya Aidiladha: Lawatan khas klien di Puspen ditangguh

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/07/2021
04:59 MYT
Hari Raya Aidiladha: Lawatan khas klien di Puspen ditangguh
Semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Puspen di seluruh negara ditangguhkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara ditangguhkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai ini.
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu kenyataan memaklumkan ia diputuskan sebagai usaha dan langkah agensi untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 dengan melihat situasi semasa sistem kesihatan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Walau bagaimanapun, agensi menyediakan medium panggilan video sebagai menggantikan kaedah bersemuka kepada keluarga sempena sambutan tersebut.
“Bagi tujuan itu, AADK meminta agar semua keluarga yang ingin membuat panggilan video tersebut untuk membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Puspen yang berkenaan untuk urusan janji temu,” menurut kenyataan tersebut, hari ini.
Tambah agensi itu lagi, Puspen berkaitan juga akan menetapkan tarikh dan tempoh masa panggilan video berdasarkan kekosongan yang disediakan.
Orang ramai boleh menghubungi Puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat seperti nombor telefon Puspen boleh didapati di laman web AADK di www.adk.gov.my.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#hari raya
#COVID-19
#jangkitan
#PUSPEN
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Dadah
#panggilan video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan