awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Sarawak manifestasi jati diri anak Sarawak - Aaron

Bernama
Bernama
21/07/2025
21:10 MYT
Hari Sarawak manifestasi jati diri anak Sarawak - Aaron
Aaron Ago Dagang berkata, 22 Julai setiap tahun merupakan detik amat signifikan buat seluruh rakyat Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun merupakan manifestasi jati diri, semangat perjuangan dan kebanggaan rakyat negeri itu terhadap sejarah, kedaulatan serta warisan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di Facebook berkata, 22 Julai setiap tahun merupakan detik amat signifikan buat seluruh rakyat Sarawak.
Sebagai anak jati Sarawak, Ahli Parlimen Kanowit itu merakamkan rasa bangga melihat negeri berkenaan terus menjadi simbol perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian.
"Saya menyeru kepada semua rakyat khususnya generasi muda agar terus memelihara semangat perpaduan ini. Selamat Menyambut Hari Sarawak!," katanya.
Sambutan Hari Sarawak 2025 dengan tema 'Sarawak Maju Makmur' berlangsung di Miri sejak semalam, dengan pelbagai aktiviti seperti karnival jualan dan pameran, Sarawak Talent, majlis kesyukuran serta dialog awam bersama kepimpinan negeri diadakan, dengan acara kemuncak Perhimpunan Hari Sarawak pada malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Hari Sarawak
#manifestasi jati diri
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan