KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkaitan agar lebih bersikap serius dalam menangani masalah ancaman kepada hidupan liar termasuk harimau.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, gesaan itu termasuk mendesak kerajaan agar menghentikan segera aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan sehingga mengakibatkan kemusnahan habitat liar.
Menurut beliau, situasi itu juga menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.
"Selalunya binatang ini tidak kacau manusia, manusia yang selalu kacau haiwan dan habitat mereka... yang tidak habis-habis nak buka hutan dan sebagainya.
"Saya tengok kerajaan tidak serius, sama ada kerajaan negeri atau Pusat dalam menangani isu ini. Mereka hanya buat kempen 'Selamatkan Harimau' tetapi mereka tidak buat kempen selamatkan habitat harimau iaitu hutan.
"Jadi sekarang ini kalau kerajaan serius, nombor satu kerajaan perlu melaksanakan moratorium pembalakan," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Tangani segera konflik manusia-harimau - WWF
Mengulas lanjut, Shariffa Sabrina turut mencadangkan kepada kerajaan agar mengubah akta sedia ada dengan meletakkan hak pengurusan hutan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat dan bukan kerajaan negeri.
"Apa salahnya kerajaan Persekutuan mengambil balik (hak penjagaan hutan)? Dan mereka boleh gazetkan Banjaran Titiwangsa (sebagai Taman Negara).
"Maknanya, kuasa di bawah kerajaan Persekutuan... kalau betul-betul mahu selamatkan bukan sahaja harimau, tetapi selamatkan khazanah alam terutama kawasan tadahan air," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau turut kesal terhadap kenyataan kerajaan negeri Kelantan yang menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang, bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.
"Harimau tidak akan kacau manusia, kita yang mengacau dia. Sekarang ini haiwan itu sudah tidak ada tempat dan tiada cukup makanan, sebab itu ia merayau keluar.
"Jadi siapa yang nak dipersalahkan sekarang? (Sepatutnya) disalahkan ialah kerajaan kerana membenarkan membuka hutan dan memusnahkan hutan sebanyak mungkin," tegasnya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 12 2022
Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, aktiviti pembalakan yang tidak dikawal menyebabkan spesies seperti harimau bertindak keluar daripada kawasan habitat dan mencetuskan konflik antara manusia-haiwan.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.