BALI: Kecerdasan buatan (AI) kini muncul sebagai alat yang berkuasa dalam bidang keselamatan siber.
Ketibaan ChatGPT pada November 2022 mencetuskan perdebatan dan perbualan tentang AI, kerana ia menunjukkan kesan ketara teknologi rangkaian saraf ini dan mendedahkan potensi AI untuk mengganggu (disrupt) pelbagai industri di seluruh dunia.
Untuk menyelami pertindihan antara AI dan masa depan keselamatan siber, Kaspersky hari ini mengadakan Hari Keselamatan Siber tahunannya dengan media terpilih dari Asia Pasifik (APAC).
Persidangan itu, bertajuk "Deus Ex Machina: Menetapkan Arahan Selamat untuk Mesin Pintar", bertujuan untuk melukis peta selamat ketika dunia menerima kuasa AI.
Syarikat keselamatan siber global itu telah merevolusikan perkara dengan mencari jalan untuk membangunkan sistem IT dengan perlindungan "semulajadi" yang dinamakan "Kekebalan Siber".
Antara perbualan sekitar ChatGPT ialah bagaimana penjenayah siber boleh menyalah guna teknologi ini untuk meningkatkan serangan pancingan data dan perisian hasad mereka.
Konsep Kekebalan Siber Kaspersky membayangkan bahawa kebanyakan jenis serangan siber adalah tidak berkesan dan tidak boleh menjejaskan fungsi kritikal sistem dalam senario penggunaan yang dinyatakan pada peringkat reka bentuk.
Menurut Eugene Kaspersky, Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky, kekebalan Siber Kaspersky ialah pendekatan yang mereka guna sebagai tanda dagangan baru-baru ini di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
"Ia merangkumi sistem reka bentuk selamat yang memungkinkan untuk mencipta penyelesaian yang hampir mustahil untuk dikompromi dan yang meminimumkan bilangan potensi kelemahan. Pada zaman di mana teknologi boleh digunakan oleh orang baik dan orang jahat, keselamatan siber tradisional tidak lagi mencukupi. Kami perlu merevolusikan pertahanan kami untuk memastikan kami mencipta dunia digital yang lebih selamat,” katanya.
Rantau APAC tambahnya, berada di barisan hadapan revolusi AI.
Kajian terbaharu oleh IDC mendedahkan perbelanjaan AI di sini akan berganda dalam tiga tahun - daripada AS$9.8 bilion pada 2023 kepada AS $18.6 bilion menjelang 2026.
Untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pergantungan pada kemahiran teknikal, majoriti perusahaan tempatan di APAC juga bersedia untuk membenamkan AI merentas kategori teknologi perniagaan dalam masa tiga tahun.
Pada masa ini, saiz pasaran AI APAC berjumlah AS$22.1 bilion dan dijangka berkembang hampir empat kali ganda menjelang 2028, pada AS$87.6 bilion.
“Syarikat mengetahui cara untuk memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan kecekapan aset mereka, meningkatkan kualiti produk mereka, dan juga untuk memperkemas rantaian bekalan mereka untuk keuntungan yang lebih baik.
"Laporan IDC menyerlahkan bahawa China, Australia dan India adalah tiga peneraju utama dalam perbelanjaan AI di seluruh rantau ini dan saya percaya lebih banyak negara akan mengikutinya.
"Ini menjadikannya matang untuk kami melakarkan pelan hala tuju selamat sekarang apabila ia melibatkan pelaksanaan dan penggunaan AI di APAC untuk memastikan kami memperoleh kelebihannya tanpa menjejaskan keselamatan siber,” tambah Pengarah Urusan untuk Asia Pasifik di Kaspersky, Adrian Hia,
Kaspersky akan meneruskan perbincangan tentang masa depan keselamatan siber pada Sidang Kemuncak Penganalisis Keselamatan Kaspersky (SAS) 2023 yang berlangsung di Phuket, Thailand, dari 25 hingga 28 Oktober.
Acara ini mengalu-alukan penyelidik anti-malware berkaliber tinggi, agensi penguatkuasaan undang-undang global, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer dan eksekutif kanan daripada perkhidmatan kewangan, teknologi, penjagaan kesihatan, ahli akademik dan agensi kerajaan dari seluruh dunia.
Ibrahim Sani
Thu Aug 24 2023
Pengasas syarikat keselamatan siber, Eugene Kaspersky memberi taklimat tentang 'kekebalan siber' dan bagaimana ia mampu untuk mengharmonikan kehidupan harian bersama AI. - Foto Astro AWANI/Ibrahim Sani
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Larangan import uranium dari Rusia akan jejaskan ekonomi AS sendiri - Duta
Larangan ke atas import uranium dari Rusia ke Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan ekonomi AS dengan lebih teruk daripada ekonomi Rusia.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.