awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasni mula tugas sebagai Menteri Besar Johor

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2020
03:40 MYT
Hasni mula tugas sebagai Menteri Besar Johor
Hasni tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada jam 8.30 pagi hari ini, 1 Mac, 2020. - Foto Astro AWANI
Datuk Hasni Mohammad memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dengan memasuki pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, pagi ini.
Beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu pada dua hari lalu, tiba di pejabat pentadbiran kerajaan negeri berkenaan pada jam 8.30 pagi.
Ketibaan Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk A Rahim Nin, selain kakitangan kerajaan di bangunan tersebut.
BACA: Hasni Mohammad angkat sumpah MB Johor
Hasni sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, jam 5.09 petang, Jumaat lalu.
Hasni, 61 tahun, adalah pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Ir Hasni Mohammad
#Hasni Mohammad
#Johor
#Johor Bahru
#Menteri Besar Johor
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan