Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, kira-kira pukul 9.40 malam tadi.
Mangsa, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun, yang berasal dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.
Ketika kejadian, empat individu termasuk dua kanak-kanak perempuan, berada di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Ketua Cawangan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mazimi Mohamad berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu seorang wanita berusia 38 tahun telah "tersalah masuk gear".
"Setelah kita dapatkan maklumat daripada semua yang terlibat, kita dapati, kereta itu tersalah masuk gear. Maknanya, apabila dia tekan pedal minyak, terus masuk ke dalam sungai, secara mengundur.
"Dia hendak parkir di tepi sungai. Apabila ada halangan di hadapan, dia masuk gear 'reverse' untuk pusingkan kereta, tetapi tersalah tekan, terjunam ke dalam sungai.
"Ketika itu, ada orang awam sekitar sini. Melihat situasi tersebut, lima orang awam terus pergi selamatkan, dan salah seorang mangsa dikhuatiri lemas," katanya.
Mazimi berkata, kesemua mangsa yang berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, pasukan penyelamat berjaya mengesan kenderaan tersebut kira-kira jam 1 pagi pada kedudukan 20 meter dari tebing sungai.
Astro Awani
Fri Feb 08 2019
Pasukan Penyelamat Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu melakukan operasi SAR di sekitar lokasi kejadian. - Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Masih ada ramai anak muda berjiwa besar - Mufti Wilayah Persekutuan
Pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.
Mayat pemancing cuba selamatkan penumpang ditemui
Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun, dijumpai kira-kira jam 7.24 pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan jatuh.
Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi
Abdul Bari Asyraf Mohd sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.