awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat wujud PAWE di 24 Parlimen di Perak - Exco

Aida Aziz
Aida Aziz
29/12/2022
03:50 MYT
Hasrat wujud PAWE di 24 Parlimen di Perak - Exco
Salbiah berkata, permohonan penubuhan PAWE sekiranya diluluskan oleh Ibu Pejabat JKM, bakal menerima geran penubuhan untuk penyelenggaraan dan pembaikan. - Foto DUN Perak
IPOH: Perak sedang menyusun stategi bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya hasrat untuk menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di kesemua 24 Parlimen di negeri ini tercapai.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata, pihaknya akan mengutarakan perkara itu kepada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama lagi.
Katanya, sehingga kini terdapat 12 buah PAWE yang berjaya diwujudkan di Perak, dalam memastikan kebajikan dan keperluan warga emas tidak dipandang sepi.
"Kerajaan negeri melalui JKM Perak sentiasa menjalankan sesi libat urus dengan semua pengendali PAWE di Perak agar dapat memantau kemajuan dan perkembangan PAWE ini.
"Kerajaan negeri akan terus membantu PAWE sedia ada dan akan menyusun perancangan lebih strategik bersama JKM agar PAWE ini dapat ditubuhkan di kesemua 24 Parlimen di Perak.
"Usaha ini insyaAllah adalah antara intipati yang saya akan tekankan dalam kunjungan hormat dan perbincangan dua hala dengan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sedikit masa lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di sini, hari ini.
Jelasnya, 12 PAWE sedia ada itu termasuk PAWE UTC (Daerah Kinta), PAWE Tanjung Malim (Daerah Muallim), PAWE Slim Village (Daerah Muallim), PAWE Lekir (Daerah Manjung), PAWE Padang Rengas (Daerah Kuala Kangsar).
PAWE Manong (Daerah Kuala Kangsar), PAWE Langkap (Daerah Hilir Perak), PAWE Bagan Datuk (Daerah Bagan Datuk), PAWE Tambun (Daerah Kinta) (baru), PAWE Gopeng (Daerah Kinta) (mulai Jan 2023), PAWE Kg Gajah (Daerah Perak Tengah) (mulai Jan 2023) dan PAWE Taiping (Daerah Larut, Matang dan Selama) (dalam proses kerja-kerja pembaikan).
Salbiah berkata, permohonan penubuhan PAWE sekiranya diluluskan oleh Ibu Pejabat JKM bakal menerima geran penubuhan untuk penyelenggaraan dan pembaikan.
Selain itu, terdapat juga peruntukan untuk pembelian peralatan dan pengoperasian RM100,000 secara one-off dan geran pengoperasian RM50,000 untuk tempoh 12 bulan.
"Peruntukan pengoperasian ini disalurkan bagi tujuan pembiayaan tenaga kerja (elaun penyelia dan pembantu), pengurusan dan sewaan premis," katanya lagi.
Katanya, antara kriteria penubuhan sesebuah PAWE ialah bilangan warga emas yang ramai dan berminat untuk menjalankan aktiviti di dalam sesebuah komuniti serta lokasi premis yang strategik dan mudah diakses oleh warga emas dan orang awam.
Selain itu, ia juga perlu berhampiran dengan kemudahan awam dan premis yang dipilih hendaklah mesra warga emas dan sesuai dengan program dan aktiviti yang hendak dijalankan.
Topic Berkaitan
#PAWE
#DUN Perak
#warga emas
#Salbiah Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan