Hasrat penyanyi terkenal Ziana Zain untuk mengakhiri perkahwinannya dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri terbantut selepas suaminya itu membangkitkan isu mengenai hak penjagaan ke atas anak-anak mereka.
Ketika kes mereka disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, Armin Zaharin memberitahu Hakim Syarie Mohd Nizam Mohtar bahawa beliau bersedia untuk menceraikan Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, namun beliau inginkan hak untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
"Saya boleh lepaskan (Ziana) tetapi saya nak (mahu) dapatkan persetujuan bersama ke atas hak berjumpa anak-anak. Saya nak (mahu) dibenarkan jumpa anak-anak," katanya.
Ziana bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau telah dinasihatkan oleh peguam dan pihak polis supaya tidak membenarkan anak-anak mereka berjumpa Armin Zaharin buat masa ini kerana dibimbangi mengganggu kes jenayah yang dihadapi lelaki itu.
Armin Zaharin sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelaki mereka berusia 9 tahun menggunakan sebatang rotan, di rumah mereka di Denai Alam di sini, pada Februari lepas.
"Anak-anak saya adalah saksi dalam kes itu dan saya dinasihatkan kalau boleh mereka tidak dibawa berjumpa bapa mereka kerana takut akan dipengaruhi bapa mereka. Saya tiada halangan untuk mereka berjumpa selepas kes (jenayah) selesai, saya hanya ikut arahan polis," kata Ziana.
Mohd Nizam kemudian merekodkan bahawa Armin Zaharin tidak bersetuju dengan perceraian itu dan mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 supaya kes tersebut dirujuk ke jawatankuasa pendamai.
Beliau menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes itu.
"Sebarang pertikaian atau tuntutan berhubung hak penjagaan anak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah sebab saya tiada kuasa untuk mendengar atau memutuskan perkara ini," kata Mohd Nizam.
Ziana, 50, yang popular dengan lagu Madah Berhelah, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin, 53, pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Armin Zaharin adalah bekas pramugara tetapi kini tidak bekerja.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah Ziana berkata beliau kini berasa tenang selepas memfailkan perceraian terhadap Armin Zaharin yang dikahwininya selama 20 tahun.
"Saya berasa tenang kerana kita tahu dia bagaimana orangnya. Sepanjang usia perkahwinan kami, saya rasakan kehidupan saya bagai dalam neraka...setiap kali selesai bekerja, saya seolah-olah trauma untuk pulang ke rumah sehingga bila saya lihat pagar rumah saya meraung.
"Anak-anak juga stres dengan perilaku Armin sehingga seorang daripada anak saya terpaksa dirujuk ke psikiatri selepas menghidap sindrom kemurungan sejak umur 14 tahun. Saya pun tidak percaya bagaimana saya boleh bersabar sepanjang perkahwinan kami dan tindakan perceraian ini adalah kemuncak kesabaran saya," katanya sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
ZIANA: Anak-anak saya adalah saksi dalam kes itu. - Gambar fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
"Bukan mudah untuk saya buka hati pada sesiapa..." - Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain akui kehidupannya kini lebih bahagia disamping anak-anak selepas dia dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, sah bercerai pada 12 Julai lalu.
Setuju cerai Ziana, Armin gagal hadir
Oleh kerana pihak-pihak tidak tinggal lagi bersama sejak Februari lalu, mahkamah percaya tanggungjawab suami isteri tidak dapat dilaksanakan.
Mahkamah larang Armin dekati Ziana Zain sepanjang kes berlangsung
Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengekalkan syarat jaminan yang melarang suami penyanyi popular, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin untuk menemui anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.
'Rumahku, nerakaku ...' - Ziana Zain
Penyanyi terkenal Ziana Zain mendedahkan kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini ibarat hidup dalam neraka.
Sampai 4 kali Ziana cakap "no comment!"
Penyanyi popular Ziana Zain masih enggan membuka mulut mengulas isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah.
Ziana Zain fail cerai
Rumah tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan sudah memfailkan penceraian.
Suami Ziana Zain berdepan hukuman lebih berat
Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan seksyen dalam pertuduhan itu.