KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menyertai lebih 700 pengamal media pada 29 Mei ini.
Beliau akan menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kemuncak HAWANA di Hotel Hatten, Melaka pukul 2.30 petang.
Sambutan perayaan terbesar khusus untuk pengamal media ini juga akan menyaksikan kehadiran wartawan dari beberapa negara ASEAN.
Antara perkara yang bakal menjadi tumpuan pada sambutan tahun ini yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' ialah Deklarasi Melaka yang menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.
Majlis kali ini juga akan menyaksikan penghormatan diberikan kepada wartawan profesional/ individu/ organisasi menerusi Anugerah HAWANA 2022.
Pemilihan dibuat terhadap penerima yang telah memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi juga dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya yang dihasilkan.
Pada sebelah pagi, satu Forum Media Nasional akan diadakan sebagai platform bagi ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media berbincang mengenai kepentingan masa depan industri media, terutamanya apabila berhadapan dengan perubahan teknologi dan persekitaran yang semakin mencabar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa akan menyampaikan ucapan penutup pada forum itu.
Pada 28 Mei, pengamal media diraikan dalam satu jamuan malam bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
HAWANA yang disambut setiap tahun pada 29 Mei merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Demi kemajuan negara, kepentingan orang ramai, kemaslahatan masyarakat dan ketenteraman awam, golongan wartawan dan pengamal media berperanan untuk menyampaikan dasar dan program kerajaan, menyebarluaskan maklumat dan berita dengan penuh integriti.
Media juga boleh menjadi duta kepada konsep Keluarga Malaysia untuk membentuk kehidupan yang lebih baik pasca pandemik COVID-19.
HAWANA 2022 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan dilaksanakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan penglibatan organisasi media dan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.
Sambutan HAWANA diadakan pertama kali di Malaysia pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur.
Beberapa negara lain seperti China dan Indonesia telah lama meraikan Hari Wartawan dan negara berkenaan memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun.
Kenyataan Media
Fri May 27 2022
HAWANA yang disambut setiap tahun pada 29 Mei merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.
HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.