Haziq Aziz ditangkap di KLIA?

Astro Awani
Jun 14, 2019 11:18 MYT
Pengesahan berhubung penahanan ini akan diberi oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media dalam masa terdekat. - Gambar fail
Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang kini dikaitkan dengan video intim, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) di Sepang.
Memetik laporan portal The Malaysian Insight, tangkapan dibuat kira-kira jam 5.30 petang Jumaat.
Pengesahan berhubung penahanan ini akan diberi oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media dalam masa terdekat.
BACA: "Sayalah lelaki dalam video itu..."
BACA: Video intim: Bukan dibuat pihak UMNO - Khairuddin
BACA: Video intim: Haziq Aziz digantung kerja serta-merta
BACA: 'Azmin tak pernah jumpa Haziq di Sandakan' - Hilman
"Satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Urusetia Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini," menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Astro AWANI difahamkan kenyataan berhubung penahanan Haziq akan dikeluarkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad.
BACA: Klip video seks: 'Saya tidak percaya ia tulen' - Tun Mahathir
#Haziq Abdullah Abdul Aziz #Huzir Mohamed #Ketua Polis Negara #KLIA #Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang #Mohamed Azmin Ali #Sepang #tangkapan #video intim