awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka

Bernama
Bernama
16/02/2025
21:06 MYT
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata permintaan terhadap produk makanan halal Malaysia sangat tinggi malah semakin menjadi pilihan termasuk dalam kalangan pengguna bukan Islam. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR SALAK: Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan lebih 2,000 pemain industri halal tempatan menyertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun bagi memperluas potensi pasaran mereka ke peringkat antarabangsa yang dianggarkan bernilai lebih USD3 trilion.
Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan, antaranya di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
"Peluang masih dibuka kepada pemain industri halal untuk turut serta dan kami menggalakkan pengusaha menyahut seruan ini agar HDC boleh menghubungkan mereka dengan rakan kongsi perniagaan berpotensi semasa ekspo berkenaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Go Halal 'X-Pert' Pasir Salak: Kursus Asas Pengendalian Makanan Halal di Kolej Komuniti Pasir Salak di sini semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari.
Khairul Azwan berkata permintaan terhadap produk makanan halal Malaysia sangat tinggi malah semakin menjadi pilihan termasuk dalam kalangan pengguna bukan Islam.
"Kita mahu kekalkan dominasi Malaysia sebagai peneraju serta pemimpin industri halal global, jadi jenama halal Malaysia ini perlu diperluaskan serta diperkasakan sepanjang tempoh ekspo berlangsung.
"Selain itu, kita mahu menarik lebih banyak pelabur asing datang membuka kilang di taman industri halal di negara ini dengan menggunakan sijil halal negara kita," katanya.
Beliau berkata HDC ketika ini sedang memuktamadkan syarikat yang akan menyertai ekspo terbabit dan ia akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HDC
#Ekspo Dunia 2025
#osaka
#produk makanan halal
#industri halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan