awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HDMI 2.2 akan diperkenal secara rasmi pada acara CES 2025

Amanz
Amanz
04/01/2025
10:00 MYT
HDMI 2.2 akan diperkenal secara rasmi pada acara CES 2025
Format sambungan HDMI 2.2 akan diperkenalkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025 pada 6 Januari 2025. -Amanz
BEBERAPA minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa format sambungan HDMI terbaharu, HDMI 2.2 akan diperkenalkan pada bulan ini.

Ringkasan AI
  • Format sambungan HDMI 2.2 akan diperkenalkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025 pada 6 Januari 2025.
  • HDMI 2.2 dijangka memperkenalkan sokongan sambungan dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi berbanding HDMI 2.1, yang kini menyokong kadar penghantaran data sepantas 48Gbps.
  • DisplayPort 2.1a kini menyokong UHBR20 dengan kadar penghantaran data setinggi 80Gbps, menyokong paparan beresolusi 4K dengan kadar segar semula setinggi 240Hz.

Perkara ini kini disahkan oleh HDMI Licensing Administrator sendiri, dengan pengesahan bahawa ia akan diperkenalkan secara rasmi sewaktu acara CES 2025 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Lebih menarik lagi, pengumuman ini akan dilakukan pada 10 pagi, 6 Januari 2025, beberapa jam sebelum acara ucap tama AMD, yang dijangka akan memperkenalkan sejumlah besar produk baharu, termasuklah kad grafik AMD Radeon RX 9000 mereka.
Format sambungan HDMI 2.2 ini diijangka akan memperkenalkan sokongan sambungan dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi, khususnya apabila DisplayPort 2.1a kini sudah pun diperlihatkan dengan sokongan UHBR20 dengan kadar penghantaran data setinggi 80Gbps yang menyokong paparan beresolusi 4K dengan kadar segar semula setinggi 240Hz tanpa masalah.
Buat masa ini, sambungan HDMI 2.1 dilihat hadir dengan sokongan kadar penghantaran data sepantas 48Gbps yang cukup pantas untuk menyokong paparan 4K dengan kadar segar semula 120Hz. -Amanz
Topic Berkaitan
#HDMI
#CES 2025
#penghantaran data
#48Gbps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan