KUALA LUMPUR: Jenama syampu anti-kelemumur nombor satu dunia, Head & Shoulders (H&S) menjalin kolaborasi bersama permainan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) dengan penampilan khas adiwira, Tigreal dan Eudora.

Pengarah Serantau Malaysia dan Singapura, Nantha Kumaran Kalimuthu memaklumkan, menerusi kerjasama ini, dua jenis syampu keluaran Head & Shoulders iaitu Cool Menthol dan Apple Fresh diperkenalkan.

“Apa yang unik mengenai produk baharu Head & Shoulders, ia merupakan produk anti-kelemumur yang terbesar di Malaysia. Dengan pelancaran kali ini, dua varian Cool Menthol dengan Apple Fresh yang merupakan antara dua varian terbesar di Malaysia diperkenalkan dengan penampilan khas adiwira Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) iaitu Tigreal dan Eudora.

“Kami gandingkan dengan permainan Mobile Legenda Bang-Bang (MLBB), sebuah permainan yang besar di Malaysia dan rantau Asia sekali gus mempromosikan e-gaming dan pelancaran produk terbaharu ini di Malaysia,” katanya.

pameran terbuka syampu keluaran terbaharu Head & Shoulders ini yang berlangsung pada 28 Ogos hingga 6 September 2023 di pasar raya besar Mydin USJ Subang Jaya.

pameran terbuka syampu keluaran terbaharu Head & Shoulders ini yang berlangsung pada 28 Ogos hingga 6 September 2023 di pasar raya besar Mydin USJ Subang Jaya.

Nantha berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kerjasama syampu Cool Menthol dan Apple Fresh dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Pasaraya Mydin Subang.

Tambah Nantha, pameran terbuka syampu keluaran terbaharu Head & Shoulders itu berlangsung pada 28 Ogos sehingga 6 September 2023 di pasar raya besar Mydin USJ.

Dalam masa sama ujarnya, pengunjung berpeluang menyertai cabaran 'Shoot The Hair-Nemies' untuk mendapatkan beberapa putaran dan memenangi hadiah, aktiviti Putar Roda dan membawa pulang hadiah menarik.

Syampu anti-kelemumur edisi terhad Cool Menthol dan Apple Fresh kini boleh didapati di semua rangkaian peruncit dalam talian mahupun luar talian utama di seluruh Malaysia dan dijual pada harga MYR20.90 bagi 300ML / MYR33.90 bagi 650ML.

Head And Shoulders kerjasama Mobile Legends: Bang Bang