NATIONAL
Helikopter hilang: Jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar dikebumikan pagi ini

Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham dan anggota keluarga. - Foto Astro AWANI
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad selamat dikebumikan di Kuala Kangsar pagi ini selepas jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuching, Sarawak awal pagi tadi.
Jenazah tiba sekitar jam 6.50 pagi tadi dengan diiringi isteri Allahyarham, Datin Mastura Yazid, empat anak serta ahli keluarga lain.
Sebelum itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengetuai lebih 200 orang menyambut ketibaan jenazah Allahyarham di lapangan terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pagi ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengetuai lebih 200 orang menyambut ketibaan jenazah - Foto Astro AWANI
Turut serta, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin; barisan exco negeri dan pegawai kerajaan.Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mayat kelima mangsa nahas helikopter yang dijumpai petang semalam ialah Allahyarham Wan Mohammad.
Helikopter itu berlepas dari Betong menghala ke Kuching pada 4.12 petang Khamis sebelum terputus hubungan dan hilang tidak lama kemudian.
Usaha mencari satu lagi mangsa diteruskan pagi ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami