awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti Bazir Wang Untuk Cenderahati! -- CAP

SM Mohamed Idris
SM Mohamed Idris
13/10/2014
03:50 MYT
Henti Bazir Wang Untuk Cenderahati! -- CAP
"Setiap tahun sejumlah besar dana kerajaan dibazirkan ke atas perbelanjaan untuk persidangan dan mesyuarat."
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menitahkan agar cenderahati tidak diberi kepada baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, apabila baginda berdua menghadiri majlis-majlis rasmi negeri. Dalam keadaan yang sukar ini, amat menyenangkan apabila mendengar kata-kata yang praktikal dari salah seorang pemimpin negara.
Baginda percaya ekonomi kita perlu dibentuk atas falsafah inklusif dan kemapanan dan baginda turut bertitah mengenai perbezaan dalam pendapatan, pengagihan kekayaan yang tidak sama rata dan budaya rasuah. Permintaan baginda walaupun boleh dianggap kecil namun memberi impak yang besar dalam mempengaruhi pembesar atau orang-orang kenamaan lain dan agensi-agensi kerajaan untuk mengambil langkah yang sama.
Setiap tahun sejumlah besar dana kerajaan dibazirkan ke atas perbelanjaan untuk persidangan dan mesyuarat. Wang sebanyak ini sepatutnya disalurkan ke atas projek-projek yang digerakkan demi kebajikan rakyat.
Justeru itu kami menyeru kepada Kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan supaya mencontohi langkah yang diambil oleh baginda Sultan Perak dan menyalurkan wang yang sebelum ini digunakan untuk membeli cenderahati kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
________________________
S M MOHAMED IDRIS ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Topic Berkaitan
#CAP
#pengguna
#Sultan Perak
#Surat Kepada Pengarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan