awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Henti politikkan isu Indira Gandhi" - Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2020
06:31 MYT
"Henti politikkan isu Indira Gandhi" - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador minta semua pihak berhenti daripada menjadikan isu keluarga M Indira Gandhi sebagai mainan politik. - Gambar Astro AWANI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador minta semua pihak berhenti daripada menjadikan isu keluarga M Indira Gandhi sebagai mainan politik.
Katanya, pendedahan beliau mengetahui lokasi bekas suami Indira, Muhammad Ridhuan tempoh hari dibuat kerana beliau mempunyai maklumat dan ingin menyelesaikan segera masalah kedua-dua pihak.
Menurut beliau, banyak 'pakar' menjadi 'jaguh' di luar tanpa memikirkan kesan kepada anak pasangan berkenaan yang kini berusia 11 tahun.
“Di Malaysia, orang mati (masih dijadikan bahan) berpolitik dan ia sudah tiada sekatan agama dan budaya. Semua perkara ini mahu dipolitikkan. Di mana maruah kita?
“Kita sedap bercakap itu ini tentang hukum, di pihak sana pula dengan ‘human rights’ (hak asasi manusia) tetapi kita fikir tak tentang kebajikan keluarga mereka?” katanya pada Jumaat
Abdul Hamid mengulas demikian susulan terdapat pihak yang mewakili Indira Gandhi tidak berpuas hati dengan pendedahan beliau yang mengetahui lokasi Muhammad Ridhuan.
Muhammad Ridhuan melarikan anak mereka pada 2009 ketika berusia 11 bulan, selepas dia memeluk Islam dan tidak lagi menggunakan nama asalnya, K Pathmanathan.
Topic Berkaitan
#Indira Gandhi
#keluarga
#Ketua Polis Negara
#Malaysia
#polis
#politik
#Tan Sri Abdul Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan