awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentian Sebelah Serdang ditutup sementara untuk kenderaan berat - PLUS

Bernama
Bernama
07/07/2025
12:45 MYT
Hentian Sebelah Serdang ditutup sementara untuk kenderaan berat - PLUS
Laluan masuk kenderaan berat ke hentian tersebut ditutup secara berperingkat mulai 8 pagi ini hingga 12 malam, 31 Julai 2025, bagi membolehkan kerja naik taraf jalan berjalan lancar demi keselesaan pengguna lebuh raya. - Foto FB PLUS Malaysia
KUALA LUMPUR: Hentian Sebelah Serdang (arah selatan) di KM308.20 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup sementara secara berperingkat kepada semua kenderaan berat selama 25 hari bermula hari ini bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan konkrit.
PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan memaklumkan laluan masuk kenderaan berat ke hentian tersebut ditutup secara berperingkat mulai 8 pagi ini hingga 12 malam, 31 Julai 2025, bagi membolehkan kerja naik taraf jalan berjalan lancar demi keselesaan pengguna lebuh raya.
"Sehubungan itu, pengguna kenderaan berat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan parkir yang terdekat sebagai alternatif sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan.
"Bagaimanapun, kemudahan lain dan parkir kenderaan kelas satu di hentian tersebut masih beroperasi seperti biasa," menurut kenyataan itu.
Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini selain mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas lebuh raya PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik dan Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 bagi sebarang bantuan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hentian Sebelah Serdang
#ditutup sementara
#kenderaan berat
#PLUS Malaysia Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan