awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan kemelut politik, fokus ekonomi dan tangani COVID-19 - Anas Zubedy

Fareez Azman
Fareez Azman
13/12/2020
08:12 MYT
Hentikan kemelut politik, fokus ekonomi dan tangani COVID-19 - Anas Zubedy
Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy berkata kemelut politik di negara ini perlu dihentikan segera dan memberi laluan kepada pengukuhan ekonomi setempat serta menangani COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kemelut politik di negara ini perlu dihentikan segera untuk beri laluan kepada pengukuhan ekonomi setempat serta menangani COVID-19.
Demikian tegas Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy mengulas mengenai situasi politik tanah air ketika ini.
Ujarnya, jika gagal memberi fokus, dikhuatiri lebih ramai rakyat Malaysia bakal menjadi gelandangan akibat masalah ekonomi yang mereka hadapi.
"Kita kena fokus dua perkara -- memperbetulkan dan mempertahankan ekonomi kita, nombor dua -- cari jalan menangani COVID-19. Dua ini sahaja kita fokus, enam bulan ataupun satu setengah tahun tidak mengapa, benda-benda lain kita ketepikan, fokus itu sahaja.
"Lepas itu nak lawan politik, lawanlah. Kita (negara) caca marba tiada fokus. Kita mesti ada fokus. Apakah fokus kita? Perkara paling serius adalah ekonomi kita.
"Kalau tidak, ramai orang tidak ada kerja, ramai tidak ada duit dan akan jadi gelandangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI mengulas mengenai isu politik ketika ini.
Tambahnya lagi, pemikiran rakyat dan pengundi perlu diubah jika mahu melihat perubahan politik di negara ini.
"Kalau kita nak reset, masalahnya bukan terletak pada ahli politik semata-mata. Ahli politik Malaysia memang 'beruntung', penyokong-penyokong mereka ramai yang taksub dan naif.
"Bila pemimpin mereka buat salah, cakap tidak serupa bikin, putar belit, buat u-turn dan tidak ikut peraturan dengan sendirinya, mereka (penyokong) akan mencari sebab-sebab untuk terus menyokong dan percaya, ini adalah penyokong politik.
"Kalau kita nak ubah politik Malaysia, kita kena ke arah baharu, kita kena ubah pemikiran rakyat dan pengundi dulu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kemelut politik
#rakyat
#ekonomi
#COVID-19
#pandemik
#ahli politik
#Malaysia
#negara
#Anas Zubedy
#jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan