Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu spekulasi berkenaan dirinya bakal menjadi Perdana Menteri satu hari nanti agar dihentikan.
Desas-desus itu didakwa ada disebutkan dalam beberapa siri ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Katanya, beliau secara peribadi tidak pernah mendengar ucapan itu yang dikatakan dibuat oleh ‘orang dalam’.
“Tidak ada, itu cerita orang. Itu cerita ceramah-ceramah sebagai lauk tambah, jangan panggil saya PM (Perdana Menteri). Orang akan 'bunuh' saya cepat.
“Saya tak dengar ceramah mereka. Kalau saya ada di situ, saya suruh dia diam. Tetapi kalau mahu bercakap perkara yang baik-baik tentang parti, teruskan.
“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya. Saya harap rakan-rakan saya tidak cakap tentang itu,” katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau, Negeri Sembilan.
Terdahulu, bekas presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam meramalkan kemenangan BN pada PRK Rantau akan menjadi titik permulaan kepada peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Malah beliau juga menjangkakan Mohamad Hasan bakal dipilih sebagai presiden UMNO seterusnya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya BN berkuasa semula.
Dalam pada itu menurut Mohamad, perkara itu hanya akan mendatangkan spekulasi yang tidak sihat.
“Saya tidak dapat meramal masa depan. Itu terpulang. Kita merancang Allah sahaja yang tahu. Kita jangan kejar bayang-bayang.
“Jangan buat macam itu. Tak baik menyebabkan spekulasi-spekulasi yang tidak sihat. Please don’t say that.
“Bukan sahaja orang luar, orang dalam akan siap asah pisau tajam-tajam, akan tikam saya,” selorohnya.
Sahlizah Mohamed
Wed Apr 10 2019
![Hentikan spekulasi saya jadi PM, nanti orang akan 'bunuh' saya cepat - Tok Mat Hentikan spekulasi saya jadi PM, nanti orang akan 'bunuh' saya cepat - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554871213_TokMat.jpg)
'Tak pernah terlintas dalam fikiran saya. Saya harap rakan-rakan saya tidak cakap tentang itu," kata Mohamad Hasan pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734104906_TBMohammadalBashir.jpg)
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
![Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649950503_LawrenceWong.jpg)
Lawrence Wong dipilih ketuai pasukan 4G, buka laluan sebagai bakal PM Singapura
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan para menteri republik itu memilih Menteri Kewangan semasa Lawrence Wong sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) yang baharu.
![Calon PM ke-9: 'Yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua' Calon PM ke-9: 'Yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629272064_Agongistananegara.jpg)
Calon PM ke-9: 'Yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua'
Perdana Menteri baharu yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
![Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568722189_AnwarPandikarAmin.jpg)
Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara
Usbo menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.
!['Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi' 'Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539306993_PRKPORTDICKSON.jpg)
'Saya bukan pengkhianat hanya kerana kosongkan kerusi'
Sebaliknya, beliau berkata tindakan itu diambil demi kemajuan Port Dickson dan untuk manfaat keseluruhan penduduknya memandangkan Ketua Umum PKR itu akan diangkat menjadi perdana menteri yang kelapan.
![Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537027037_TBANWARxjpg.jpg)
Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu di rantau ini - Anwar
Anwar berkata keyakinan tinggi itu adalah bersandarkan kepada "dasar-dasar Malaysia yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang stabil dan bersih."