KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan program Bakul Prihatin Negara (BPN).
KPWKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan program bantuan itu dibuat secara tertib dan teratur berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuklah proses penghantaran BPN dilakukan petugas Sukarelawan Skuad Prihatin Negara secara sukarela.
Justeru, kementerian itu berpandangan tohmahan dan dakwaan mengenai soal ketelusan program BPN yang dibuat segelintir individu, cukup mengecewakan dan tidak berasas sama sekali.
"Jangan sesekali bertindak menafikan hak rakyat yang sedang memerlukan bantuan di saat sukar ini...kami berada di sini untuk menjaga rakyat dan kementerian juga telah menyediakan talian tambahan untuk memperkasakan sistem penyampaiannya," menurut kenyataan itu.
KWPKM memberitahu sejak BPN dilancarkan pada 15 Julai lepas, lebih 300,000 permohonan bantuan itu diterima setakat semalam.
Menurut kementerian, maklum balas yang diterima daripada penerima BPN juga sangat positif dan ramai daripada mereka menyifatkan ia sebagai bantuan kecemasan yang sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dihadapi.
"Peranan sektor swasta amat dihargai, namun kementerian tidak akan berkompromi daripada aspek harga dan nilaian barangan bakul makanan sepertimana yang telah dipersetujui antara kementerian dengan pihak penyumbang iaitu RM50 bagi satu bakul makanan," jelas kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diseru untuk menghubungi bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di 108 daerah di seluruh negara atau talian kasih melalui talian 15999, media sosial rasmi KPWKM dan JKM atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
KPWKM sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan program Bakul Prihatin Negara (BPN). - Gambar fail/UKK KPWKM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.