Skip to main content

Sukan

Bezzecchi juarai MotoGP Qatar

Marco Bezzecchi meraikan kejayaan di podium selepas memenangi MotoGP Qatar di Lusail International Circuit, pinggir Doha, Qatar, 8 Nov 2026. (Foto AP)
Marco Bezzecchi meraikan kejayaan di podium selepas memenangi MotoGP Qatar di Lusail International Circuit, pinggir Doha, Qatar, 8 Nov 2026. (Foto AP)
Advertisement

LONDON: Marc Marquez berpeluang mengesahkan kejuaraan MotoGP kelapannya di Portugal hujung bulan ini selepas Marco Bezzecchi memenangi Grand Prix Qatar pada Ahad, sekali gus mengekalkan peluangnya untuk merebut gelaran dunia, lapor PA Media/dpa.

Pelumba Itali itu mendahului perlumbaan dari awal hingga akhir untuk meraih 25 mata, sekali gus memastikan perebutan kejuaraan diteruskan di Portimao dalam tempoh dua minggu lagi, dengan Marquez menamatkan perlumbaan di tempat kedua di hadapan seorang lagi pelumba Sepanyol, Raul Fernandez. 

Perlumbaan itu tetap diteruskan meskipun konflik di Asia Barat masih berlarutan dan Yamaha menarik balik penyertaan pelumba mereka atas faktor keselamatan.

Advertisement

Perlumbaan Formula Satu (F1) turut dijadual berlangsung di Qatar hujung bulan ini.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement