Skip to main content

Malaysia

Remaja maut motosikal bertembung kereta polis

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan dengan motosikal di Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan dengan motosikal di Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
Advertisement

BANDAR PERMAISURI: Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta rasmi polis di Kilometer 63, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata kejadian pada 2.35 pagi dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang Muhammad Hazim Daniel Mohamad Radzi, 15, dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal itu bertembung dengan kereta rasmi polis jenis Honda City yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Advertisement

Zahril Asri berkata kereta pasukan itu dinaiki pemandu lelaki berusia 35 tahun dan penumpang lelaki 32 tahun. 

Beliau berkata mayat pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim di sini dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat. 

Advertisement

Zahril Asri meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu menerusi talian 09-6098222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement