KUALA LUMPUR: Inisiatif pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) bagi sektor industri pertanian menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) adalah antara usaha kerajaan dalam menangani isu keterjaminan makanan negara.
Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi, Datin Zaeidah Mohamed Esa berkata, beberapa program akan dilaksanakan di bawah HGHV itu, seperti pertanian moden, pertanian rendah karbon dan meningkatkan penglibatan golongan muda termasuk Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
"Sasaran kita adalah untuk membuka 2,000 ekar (809.3 hektar) kawasan tanaman baharu menggunakan tanah terbiar untuk tingkatkan produktiviti pertanian dan pendapatan golongan terlibat. Kita juga mahu menceburi pertanian rendah karbon agar ia menjadi asas dan hala tuju pada RMK13 kelak.
"Setakat ini, menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN, sebanyak 12 projek termasuk 800 ekar (323.7 hektar) tanah telah diluluskan dalam tempoh enam bulan sejak ia dilaksanakan pada Febuari lepas," katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Isnin malam.
Beliau berkata, menerusi projek itu, antara yang akan diberi fokus adalah tanaman yang mampu dihasilkan di negara ini, namun masih bergantung pada import.
Berdasarkan data, Zaeidah berkata, untuk 2022, hanya 23 daripada 53 item makanan yang dikeluarkan negara sudah mencapai kadar 100 peratus dengan kadar pengeluarannya memenuhi permintaan dalam negara.
"Kebergantungan import kita masih tinggi, nilai import untuk tahun 2021 adalah RM63.6 billion dan angka ini meningkat kepada RM75.6 billon pada 2022. Ini menunjukkan permintaan semakin tinggi dan trend pemakanan telah berubah.
"Apabila perkara ini tidak ditangani maka keterjaminan negara tergugat. Maka, apa yang kita ingin capai untuk KSP RMK12 menerusi HGHV ini adalah untuk tingkatkan ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan makanan dan kemampanan sektor industri pertanian," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ekosistem Pertanian Digital and Teknologi Dron, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Navin Sinnathamby berkata, negara kini berada pada kedudukan yang terbaik untuk mengadaptasikan pertanian moden.
Katanya, bagi tahun ini setakat Disember, sebanyak 69 projek ke arah pertanian pintar berasaskan digital melibatkan 500 usahawan tani, akan dilaksanakan dengan mengadaptasikan automasi, mekanisasi dan digital.
"Teknologi digital ini adalah penarik kepada golongan muda, pertanian negara kini dalam peralihan daripada 3D (berbahaya, sukar dan kotor) ke 1D iaitu digitalisasi. Ini juga akan menjadi faktor pemangkin dalam meningkatkan penglibatan golongan belia, wanita dan pesara," katanya.
Pada 11 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan KSP RMK12 di Parlimen bertemakan "Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi".
KSP RMK12 itu turut menggariskan HGHV bagi sektor Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan serta meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Inisiatif pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) bagi sektor industri pertanian menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) adalah antara usaha kerajaan dalam menangani isu keterjaminan makanan negara.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Rangka tindakan HGHV industri berasaskan teknologi dan digital akan dilancar Feb 2024 - Rafizi
Rangka tindakan sektoral untuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
HGHV sektor pertanian: Jamin keterjaminan makanan negara, realisasi matlamat RMK12
Beberapa program akan dilaksanakan di bawah HGHV seperti pertanian moden, pertanian rendah karbon dan meningkatkan penglibatan golongan muda.