awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hiasi kediaman dengan Jalur Gemilang sebagai simbol kasih kepada tanah air - MB Pahang

Bernama
Bernama
09/08/2025
21:15 MYT
Hiasi kediaman dengan Jalur Gemilang sebagai simbol kasih kepada tanah air - MB Pahang
Wan Rosdy (empat, kiri) mengibarkan Jalur Gemilang simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang di Dataran Muadzam Shah, pada Sabtu. - Gambar Bernama
ROMPIN: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat agar menghiasi premis dan kediaman masing-masing dengan Jalur Gemilang serta bendera Pahang sebagai simbol kasih kepada tanah air.
Beliau berkata, ini kerana kedua-duanya bukan sekadar kain berwarna tetapi helaian cerita dengan setiap warna dan jalur serta bintang membawa makna yang mengikat hati rakyat Malaysia.
"Saya menyeru marilah kita kibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, sekolah, pejabat, kedai serta di jalan utama... biarlah dari hujung Kampung Raja di Cameron Highlands hingga ke Pulau Tioman, Jalur Gemilang dan bendera Pahang berkibar megah melambai menyampaikan mesej kasih kita kepada tanah air," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Pahang di Dataran Muadzam Shah, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, sambutan Hari Kebangsaan yang mengangkat tema 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' bukan sahaja indah daripada segi bunyinya tetapi juga mendalam daripada segi makna.
Wan Rosdy berkata, tema itu mengingatkan kita kepada asas pembinaan negara yang memelihara rakyatnya dengan penuh kasih, menghormati perbezaan dan mengangkat nilai-nilai murni dalam pentadbiran.
Beliau juga berkata, bulan penuh sejarah ini harus digunakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan program yang membina, bukannya membakar emosi.
Menteri Besar Pahang itu turut mengingatkan bahawa kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan luar tetapi juga bebas daripada penjajahan minda, kebencian, hasad dengki dan perpecahan.
"Kesempatan ini juga kita gunakan untuk sampaikan semangat kemerdekaan kepada anak-anak dan generasi muda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kibar Jalur Gemilang
#kibar bendera Pahang
#simbol kasih sayang tanah air
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan