Terima kasih kepada Astro First kerana menjadi saluran alternatif untuk Spicy Killers (atau tajuk asalnya Claypot Curry Killers) ditayangkan kepada umum.
Adalah menjadi satu kerugian jika filem yang diharamkan tayangan pawagam ini tidak dapat disaksikan kerana ia adalah filem yang baik - malah mungkin antara filem terbaik Malaysia tahun ini (yang mana jumlahnya pun sangat sedikit).
Dua tahun karya tulisan dan arahan James Lee ini terperap apabila Lembaga Penapis Filem (LPF) merasakan filem ini ‘bermasalah’. Walaupun James dan pihak produksi terpaksa melakukan penggambaran semula untuk beberapa babak, namun LPF tetap merasakan ia tidak sesuai untuk penonton kita.
Lalu terhasillah dua versi filem yang mempunyai beberapa adegan dan penamat yang berbeza. Versi asal disasarkan untuk pasaran antarabangsa (termasuk tayangan di festival seperti Festival Filem Fantastik Antarabangsa Indonesia 2011 dan Festival Filem Antarabangsa Asia Fukuoka 2012).
Manakala, versi Malaysia dipinda untuk disesuaikan dengan penerimaan dan sensitiviti orang tempatan atau lebih tepat demi ‘selera’ LPF. Diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, tidak dinafikan Spicy Killers adalah antara filem Malaysia paling berani, ganas dan sadis yang pernah dihasilkan.
Tema kanibal atau dalam bahasa mudahnya bermaksud manusia memakan manusia tidak asing di Barat. Malah filem-filem dari rantau Asia juga sudah lama memulakannya. Antara yang popular ialah Meat Grinder (2009) dari Thailand dan Rumah Dara (2010) dari Indonesia. Di sini, Spicy Killers yang pertama.
Mrs Chew (lakonan Pearlly Chua) mempunyai tiga anak perempuan. Suaminya pemabuk dan kaki judi. Pada suatu malam, selepas pulang dari berniaga di gerai kecil, dia mendapati anak sulung mereka, Xi Xi dirogol bapanya sendiri.
Chew cuba menghalang tetapi dia dipukul dan disepak terajang. Xi Xi yang sempat melarikan diri datang membawa pisau lalu menikam bapanya. Chew yang tidak dapat membendung kemarahan menamatkan riwayat suaminya.
Kerana ingin menghilangkan bukti atau mungkin disebabkan terlalu benci, mayat suaminya dilapah lalu dijadikan resepi terbaru kari daging yang dimasak di dalam mangkuk tanah liat. Kesedapan kari itu membuatkan perniagaan Chew maju, lantas mendesak dia anak-beranak untuk mencari mangsa seterusnya.
Selang beberapa tahun, anak-anak Chew pun sudah dewasa. Xi Xi (Debbie Goh), anak yang paling cantik ditugaskan untuk menjerat lelaki hidung belang, lalu dibawa ke rumah untuk ditumpaskan oleh anak kedua, Xi Yu (Mandy Chen). Sementara anak ketiga, Xi Mei (Olivia Kang) hanya disuruh fokus belajar.
Kekalutan mula tercetus apabila Chef Zou (Jeff Chin) yang popular ingin menawarkan peluang perniagaan sekaligus mendapatkan resepi rahsia Chew. Walaupun ditolak secara baik, Chef Zou dan konco-konconya tetap memaksa menyebabkan Chew sekeluarga menganggap mereka sebagai ancaman.
Dalam masa sama, Chew dan Xi Xi berusaha untuk menghalang Xi Yu dan Xi Mei dari jatuh cinta. Mereka berniat menghapuskan lelaki-lelaki terbabit.
Sekali imbas, jalan ceritanya mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan filem komedi Hollywood, Auntie Lee’s Meat Pies (1992). Namun, tona dan perasaannya berbeza kerana keluarga Chew mempunyai motif serta motivasi yang berlainan. Bermula sebagai mangsa, mereka berubah menjadi pemangsa.
Kitaran ini menjadikan watak anak-beranak Chew sangat menarik. Definisi protagonis dan antagonis di dalam filem ini tidak konvensional membuatkan penonton berbelah-bagi sama ada mahu menentang atau menyokong, terutamanya kepada Xi Yu, gadis suci yang terpaksa membunuh demi keluarga.
Mereka terdesak melakukannya demi survival serta meraih keuntungan melalui dendam dan kesengsaraan yang pernah dialami. Mereka seakan tidak mampu untuk berhenti membunuh dan menyembelih manusia kerana ia punca rezeki.
Kekejaman inilah yang menjadi tabu kepada LPF yang bimbang ia sukar diterima penonton kerana ia berlaku dalam suasana dan persekitaran tempatan. Saya tidak menafikan kewajarannya, tetapi olahan James dari aspek emosi dan psikologi setiap watak, jika tidak hebat pun, agak meyakinkan dan dipercayai.
Bagi sebuah filem tempatan, visual untuk babak-babak pembunuhan sangat impresif. Saya terasa ngilu dan mual setiap kali imej pisau, alatan tajam mahupun darah memercik ditampilkan (dan saya percaya visual untuk versi asal lebih ‘menakutkan’ sebelum ia ditapis dan dinasihatkan LPF).
Naratifnya teratur meskipun terdapat beberapa kelemahan kecil. Penceritaannya jelas biarpun James ‘memudahkan’ setiap proses pembunuhan atau pelupusan bukti dan jejak setiap mangsa, tanpa menimbulkan sebarang keraguan selepas keluarga Chew melakukan jenayah itu bertahun lamanya.
Lakonan para pemain berada dalam standard yang baik, terutamanya keempat-empat pelakon wanita utama. Cuma mungkin Chef Zou yang lembut kelihatan stereotaip dan agak menjengkelkan walaupun atas alasan watak jenaka.
Seperti mana visual ketika kari menggelegak dihidangkan, begitulah ‘sedapnya’ filem ini pada saya. Ia menghiburkan seperti mana seronoknya pengunjung restoran menikmati hidangan lazat dari resepi Chew hasil kepandaian James.
Syazwan Zakariah
Sat Oct 26 2013
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Kemboja bermula hari ini.
Dua filem aksi blockbuster 'Polis Evo 3' dan 'Fast X' tiba di Astro First
Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri di layar perak, Polis Evo 3 dibawa pula ke layar lebar khusus kepada yang ingin menonton sekali lagi atau tidak berkesempatan berbuat demikian di pawagam.
Wow! Bakal ditayangkan di Astro First, ini 9 fakta menarik tentang filem 'Fast X'
Untuk sesiapa yang belum tonton atau nak tengok berulang kali lagi filem lakonan Vin Diesel itu, boleh menontonnya menerusi pawagam di rumah anda.
'Zizan Razak, Adlin Aman Ramlie terbaik!' - Baru sehari tayang, netizen suka Merewang Keluarga Pak Awang best!
Ramai tidak kering gusi melihat lawak bersahaja Zizan Razak yang buat pertama kalinya memainkan watak antagonis dalam filem tersebut.
Astro First tampil 6 filem menarik, tonton wayang di rumah saja
Berikut merupakan enam filem pilihan menarik di Astro First.
Dokumentari Siti Are You Ready?: Penutup 2021 yang manis buat Siti Nurhaliza
Filem dokumentari itu terlalu personal buat Siti Nurhaliza dan sewajarnya naskhah istimewa tersebut dikongsi dengan masyarakat.
Tony Eusoff bawa watak paderi, netizen tidak sabar tonton 'Penunggang Agama 2'
Pelakon kacak Tony Eusoff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaru lakonannya, Penunggang Agama 2 yang berada di platform Astro First pada 19 Oktober ini.
Selepas kutip RM96 juta di China, kisah epik 'On Your Mark' kini di Astro First
Pengorbanan antara inti pati filem On Your Mark arahan pengarah prolifik, Chiu Keng Guan, baru-baru ini menempa sejarah box office di China.
Debaran Nabil Ahmad menanti 'baby' sulung
Pemenang Pengacara Hiburan terbaik Asian Academy Creative Awards itu berkata, skrip 'bayi pertamanya' itu ditulis hanya dalam tempoh seminggu.
RM3 juta kutipan, '18 Puasa di Kampong Pisang' filem paling laris tahun ini
Sambutan daripada penonton terus menunjukkan momentum kukuh, sekali gus mengembalikan keyakinan penonton.