Hidaya - jenama abaya ‘high fashion’ pertama Malaysia telah membuat pengenalannya dengan pelancaran koleksi pertamanya – ‘Amira’, sekaligus menawarkan rakyat Malaysia peluang pertama untuk memiliki abaya yang dibuat khusus (custom made) berjenama ‘Hidaya’. Dilahirkan di Malaysia, abaya dan aksesori Hidaya dibuat di Abu Dhabi dan Dubai. Kreativitinya yang unik serta sofistikated bakal membuat jenama Hidaya menggoncang dunia penggemar abaya di seluruh dunia.
Menurut To Puan Seri Hidayah Wan Ismail, pemilik serta pengasas Hidaya International, “Hidaya adalah untuk wanita yang tahu harga dirinya dan bersedia untuk ‘meraikannya’.
Prinsip fesyen Hidaya - seorang wanita Muslim boleh melangkah ke depan dengan yakin tanpa mengkompromikan agama mahupun gayanya. Konsep jenama ini, walaupun akur kepada garis panduan kasar budaya Timur Tengah yang menggalakkan pakaian menutup aurat, tidak terikat kepada wanita Muslim sahaja malah dapat menarik minat penggemar-penggemar fesyen bukan beragama Islam yang ingin berfesyen dan kelihatan anggun.
‘Amira, koleksi terulung Hidaya International. ‘Amira’ bermaksud ‘puteri’ dalam bahasa Arab. Hidaya berpegang kepada prinsip bahawa di dalam jiwa setiap wanita terpendam harga diri seorang puteri yang semangatnya serta kebolehannya harus diserlahkan. Hidaya membolehkan semangat ini diekspresi dengan penuh gaya dan sofistikasi. Biar rupa mencerminkan dan meraikan jiwa.
Mengandungi 16 rekaan, setiap abaya yang di buat khusus di dalam koleksi Amira membawa interpretasi tersendiri kepada pakaian tradisi ini, menjadikan ia kelihatan anggun dan bernafas baru. Dengan menggabungkan bahan-bahan seperti sifon, renda, tulle dan kristal, koleksi Amira bertujuan untuk menyerlahkan kepelbagaian rupa sesehelai abaya.
“Saya ingin menunjukkan bahawa abaya adalah sesuatu yang ‘versatile’. Hitam tidak semestinya ‘menjemukan’. Dalam koleksi pertama ini, saya telah memperkenalkan beberapa gaya potongan kepada abaya, contohnya ‘bias cut’, ‘empire line’ serta apa yang dikenali sebagai ‘french cut’, sambil mengekalkan juga beberapa helai potongan tradisi yang lurus agar pelanggan bebas membuat pilihan. Saya ingin menunjukkan bahawa pakaian yang labuh dan longgar tidak semestinya tidak menarik. Kita boleh berpakaian sopan dan masih kelihatan anggun dan bergaya” katanya lagi.
Diperbuat keseluruhannya dengan kerja tangan yang melibatkan penggunaan renda, manik-manik serta sequin, setiap helaian abaya di dalam koleksi ini tampil unik dan memegunkan. Dipadankan dengan aksesori ‘playful’ seperti seluar atau legging berwarna emas, perak dan tembaga, abaya Hidaya ini akan kelihatan sesuai dipakai kemana sahaja samada ke majlis rasmi mahupun majlis santai. Boleh juga dipadankan dengan kasut tumit tinggi berplatform serta beg dan ‘clutch’ dibawah jenama yang sama, setiap helaian abaya Hidaya membolehkan pemakainya mengekalkan perwatakan individu masing masing.
“Hidaya’ bakal membuat pengenalannya di pentas peragaan serata dunia bermula dengan Dubai dan London tidak lama lagi. Januari 2015 bakal menyaksikan Hidaya melebarkan sayapnya dengan stokis-stokis di Dubai, London serta Paris.
Setiap abaya Hidaya yang dibuat khusus boleh didapati secara ‘online’ di www.hidayainternational.com.
Astro Publication
Tue Oct 07 2014
Hidaya Abaya 'High Fashion' pertama Malaysia
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Hidaya Abaya 'High Fashion' pertama Malaysia
Dilahirkan di Malaysia, abaya dan aksesori Hidaya dibuat di Abu Dhabi dan Dubai. Kreativitinya yang unik bakal membuat jenama Hidaya menggoncang dunia penggemar abaya di seluruh dunia.