awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hidup selesa peneroka Felda perlu bersyukur - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
27/09/2017
01:00 MYT
Hidup selesa peneroka Felda perlu bersyukur - Mohamad Hasan
Seramai 13, 497 peneroka di Felda Wilayah Raja Alias akan menerima insentif khas tersebut dan ia dilaksanakan secara berperingkat dengan setiap keluarga memperoleh RM5,000. - Gambar fail
Peneroka tanah rancangan Felda perlu bersyukur kerana telah menikmati kehidupan yang selesa ketika ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata keselesaan yang dikecapi mereka pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu dalam menstrukturkan masyarakat khususnya masyarakat di luar bandar.
"Sayangilah perjuangan pemimpin terdahulu dan inilah sebenarnya hasrat mengapa Felda diwujudkan kerana nak menstruktur masyarakat.
"Jagalah harta kita...geran hak milik yang diberi, jaga dengan baik untuk diturunkan kepada anak-anak," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian geran hak milik tanah peneroka Felda Serting Hilir 1 dan 5 di sini pada Selasa.
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Serting Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha pembangunan Felda meskipun segala urus tadbirnya diuruskan badan itu sendiri.
"Dari segi jalannya, perumahannya adalah di bawah Felda. Kerajaan negeri pernah menawarkan tanah untuk dibangunkan rumah generasi kedua.
"Namun begitu, kerajaan negeri tidak boleh campur kerana Felda ini badan berkanun dan mempunyai akta Parlimennya sendiri. Kita di pihak kerajaan negeri akan membantu apa yang boleh," katanya.
Pada majlis itu, seramai 327 peneroka Felda Serting Hilir 1 dan 5 menerima geran hak milik tanah masing-masing.
Menteri besar juga turut menyerahkan replika cek Insentif Khas Peneroka Felda berjumlah keseluruhannya RM67 juta kepada Ketua Peneroka Negeri Sembilan Othman Parman.
Seramai 13, 497 peneroka di Felda Wilayah Raja Alias akan menerima insentif khas tersebut dan ia dilaksanakan secara berperingkat dengan setiap keluarga memperoleh RM5,000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#keluarga
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#Negeri Sembilan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan