Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan kepada kerajaan supaya memperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai cadangan orang yang sudah kehabisan modal untuk bercakap.
Katanya, undang-undang yang beliau sifatkan sebagai kejam dan tidak bertamadun itu bukan cara penyelesaian konflik kerana ada saluran undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik.
Jelas Nik Abdul Aziz, Islam sendiri mengajar tiga kaedah yang perlu diambil apabila berlaku pertembungan iaitu menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.
"Ini yang disyorkan oleh ISLAM. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil.
"Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu kemudiannya bertanya: "Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?"
Cadangan supaya kerajaan memperkenalkan semula ISA yang dimansuhkan oleh kerajaan pada 2012 disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam satu wawancara di RTM2 pada Rabu lepas.
Kata Dr. Mahathir, ISA perlu diperkenalkan untuk mengawal tindakan kumpulan kecil pelampau yang menjejaskan kestabilan negara apabila bertindak tidak matang dan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum serta menjejaskan keharmonian.
Beliau merujuk kepada polemik yang timbul susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini merampas kitab Bible dalam bahasa Melayu dan Iban atas dakwaan melanggar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di kalangan orang Islam).
Kenyataan Dr. Mahathir itu disambut positif oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu pada Jumaat yang menyokong penuh cadangan bekas perdana menteri demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan.
Bagaimanapun beliau akur bahawa Polis Diraja Malaysia hanyalah agensi penguatkuasa undang-undang dan terpulanglah kepada anggota parlimen untuk menentukannya sebagai penggubal undang-undang.
"Jika parlimen rasa ia sesuai untuk diwujudkan semula, kenapa tidak. Saya menyokong penuh setiap undang-undang yang boleh menjadikan negara lebih selamat," katanya.
Khalid juga berkata, adalah lebih baik jika ISA diwujudkan semula kerana fungsi ISA dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berbeza dan mengikut keadaan-keadaan tertentu untuk diguna pakai.
ISA dimansuhkan sebagai sebahagian daripada transformasi politik yang dijanjikan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa negara ke arah demokrasi yang lebih bermakna.
Dalam proses itu, pentadbirannya antara lain membatalkan tiga proklamasi darurat serta memansuhkan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri. Ia juga meminda Akta Mesin dan Penerbitan berhubung soal permit penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mengiktiraf mengiktiraf kematangan dan hak perlembagaan mahasiswa terlibat dalam parti politik.
Astro Awani
Sat Jan 11 2014
Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO Selangor perlu berubah -- Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor untuk kembali memenangi hati rakyat.
ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat
Sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berhati-hati mengulas soal perundangan syariah, kata ABIM.
Isu Memali: Dr. Mahathir jawab Musa Hitam
Dr. Mahathir kata beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya itu menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China.
Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?
Sejarah yang betul itu penting bagi Musa kerana ia melibatkan nama baiknya. Tetapi apakah ertinya kepada sejarah negara ini?
Musa Hitam perjelaskan lagi isu Dr M dan Memali
Kenyataan media Tun Musa Hitam berhubung isu Memali susulan majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang
MH370: Tun M pertahan usaha pihak berkuasa Malaysia
Katanya, mengkritik memang mudah tetapi apa yang berlaku tidak pernah terjadi sebelum ini.
Anti Hadis
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dilabel sebagai penyokong Kassim Ahmad memberikan pandangannya tentang isu anti hadis.
Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis tentang sikap rakyat tempatan kepada kereta nasional, Proton.
BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu berpendapat cadangan mewujudkan semula ISA itu menggambarkan pemikiran yang terkepung.
Mustahil ISA diperkenalkan semula, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata kerajaan bagaimanapun sedia meneliti semula undang-undang sedia untuk penambahbaikan demi keselamatan negara.