Skip to main content

Malaysia

'Hilang haluan politik, Rafizi jangan heret PM Anwar dalam siasatan SPRM' – Abdullah Sani

PUTRAJAYA, 14 Mei -- Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita semasa hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menyambung keterangan berhubung siasatan kes melibatkan kontrak kerajaan bernilai hampir RM1.1 bilion.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut Abdullah Sani, tindakan Rafizi mengaitkan Perdana Menteri dan SPRM hanya dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli kini semakin 'kehilangan haluan politik' apabila mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut bekas Ahli Parlimen Kapar itu, tindakan mengaitkan Perdana Menteri dan SPRM hanya dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Tegasnya, bekas Menteri Ekonomi itu sepatutnya mempertahankan diri melalui saluran undang-undang sekiranya benar tidak melakukan sebarang kesalahan, bukannya cuba membina persepsi seolah-olah dirinya dizalimi.

“Kalau rasa tidak bersalah dan bukti itu sampah, buktikanlah di mahkamah. Kenapa perlu heret rakyat dan gambarkan diri paling baik? Di mana zalimnya? Jangan kaitkan PM dan SPRM dalam perkara ini.

“Rafizi sudah ketandusan haluan dan kecederaan akal. Politik yang dibawa adalah politik kangkung bersepah di parit,” katanya pada Isnin.

Abdullah Sani turut mendakwa Rafizi kini semakin terdesak sehingga sanggup mencetuskan pelbagai naratif politik bagi meraih perhatian, termasuk mengumumkan hala tuju sendiri ketika pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang memberi tumpuan kepada konvensyen parti dan agenda rakyat.

Beliau berkata, pimpinan PKR ketika ini lebih fokus kepada usaha mendekati rakyat serta memperkukuh pentadbiran kerajaan berbanding melayan dakwaan yang disifatkannya tidak memberi manfaat kepada parti mahupun negara.

“Menteri lain sibuk bekerja dan santuni rakyat. Perdana Menteri juga jelas bekerja untuk negara.

“Jadi apa yang dia buat ketika jadi Menteri Ekonomi dahulu? Banyak bercakap soal formula ekonomi tetapi rakyat sendiri tidak nampak hasilnya,” katanya.

 

Must Watch Video