awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan di Menara Condong Sabtu ini tidak dapat kebenaran - Polis

Bernama
Bernama
13/11/2024
14:05 MYT
Himpunan di Menara Condong Sabtu ini tidak dapat kebenaran - Polis
AHMAD: Polis juga telah menampal satu notis pemberitahuan berhubung program berkenaan di kawasan Menara Condong bagi mendapatkan maklum balas orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Patriotik Rakyat yang akan diadakan Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Sabtu ini susulan tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan.
Beliau berkata polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada Isnin (11 Nov) untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan namun pemilik lokasi tidak memberikan kebenaran untuk aktiviti itu.
"Polis juga telah menampal satu notis pemberitahuan berhubung program berkenaan di kawasan Menara Condong bagi mendapatkan maklum balas orang ramai.
"Kita juga turut terima maklum balas daripada MPTI yang tidak berikan kebenaran atas faktor ketidaksesuaian tempat perhimpunan dan penganjur gagal mengemukakan persetujuan pemilik, maka permohonan penganjur tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pada 16 Nov ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Himpunan Patriotik Rakyat
#Menara Condong Teluk Intan
#tidak dapat kebenaran
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan