NATIONAL
Himpunan Hari Pekerja 1 Mei: Penganjur gesa kerajaan pinda akta penggunaan AI

Hampir 1,000 peserta menyertai perarakan sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei dengan tema Pekerja Tiang Seri Negara: Naikkan Gaji, Bukan Bebanan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa agar meminda akta mengenai penggunaan tekonologi kecerdasan buatan (AI) agar nasib pekerja tidak terjejas.
Ringkasan AI
- Jurucakap Jawatankuasa 1 Mei, S. Arutchelvan, menggesa kerajaan mengawal selia teknologi AI kerana ia boleh mengancam pekerjaan serta menjejaskan gaji pekerja.
- Penganjur himpunan menekankan keperluan latihan semula (reskilling) bagi pekerja yang terjejas serta pembangunan sistem perlindungan sosial dalam era AI.
- Penganjur berharap kerajaan meminda akta hak cipta untuk melindungi karyawan daripada penggunaan karya mereka sebagai data latihan AI tanpa persetujuan.
Malah Arutchelvan juga mendakwa penggunaan AI akan memberi kesan kepada gaji pekerja apabila beberapa urusan pekerjaan diambil alih oleh teknologi tersebut.
“Ia juga menyebabkan pekerja tidak mendapat gaji yang setimpal kerana tugas mereka sudah diambil alih oleh AI, jadi kita merasakan ianya bahaya kepada pekerja,” katanya lagi.
Penganjur himpunan dalam kenyataannya menyuarakan tuntutan agar kerajaan memperkasakan keselamatan pekerja dalam era AI.
“Kerajaan perlu memperkasakan keselamatan kerja, termasuk menyediakan latihan semula (reskilling) kepada pekerja yang terlibat dalam industri yang terjejas serta membangunkan sistem perlindungan sosial,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama juga penganjur berharap pindaan dalam akta berkenaan hak cipta diwujudkan bertujuan untuk membela nasib para karyawan.
Katanya lagi, ia perlu sekiranya syarikat AI tempatan dan global disyaki menggunakan karya mereka tanpa persetujuan sebagai data latihan (training model) algorithm Large Learning Machine (LLM) dan sebagainya.
Hampir 1,000 peserta menyertai perarakan sempena sambutan hari pekerja dengan tema Pekerja Tiang Seri Negara: Naikkan Gaji, Bukan Bebanan.
Peserta mula berarak dari Pasar Seni sekitar jam 10 pagi menuju ke arah Dataran Merdeka dan bersurai sekitar jam 12.30 tengah hari, hari ini.
Turut kelihatan beberapa anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga lalu lintas demi memastikan himpunan berjalan dengan aman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami