awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak bercadang tukar lokasi

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2013
14:07 MYT
Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak bercadang tukar lokasi
Jawatankuasa induk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari depan tidak bercadang menukar lokasi himpunan yang diharapkan berjaya mengumpul kira-kira sejuta rakyat Malaysia.
Pengarah himpunan, Mohamad Sabu menjelaskan pihaknya sudah membuat permohonan terhadap pengurusan Stadium Merdeka pada 26 Disember lepas.
Mohamad berkata, biarpun belum mendapat sebarang jawapan dari pihak pengurusan Stadium Merdeka, pihaknya yakin permohonan akan diluluskan.
Beliau menjelaskan jawatankuasa induk himpunan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memberikan kebenaran kepada pihaknya mengadakan perhimpunan 12 Januari ini di Stadium Merdeka.
Mohamad juga menjelaskan pimpinan utama Pakatan Rakyat akan bertemu dengan Ketua Polis Negara bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh segera.
Sementara jawatankuasa induk himpunan pula akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur juga dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden Pas itu turut mengumumkan di akhir perhimpunan tersebut, pihaknya akan melancarkan deklarasi rakyat 12 Januari.
Beliau juga berjanji perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman.
Himpunan tersebut akan berlangsung selama tiga jam bermula pukul 2 hingga 5 petang.
Topic Berkaitan
#12 januari
#himpunan kebangkitan rakyat
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan