MALAYSIA
Himpunan Turun Anwar: Petugas keselamatan jalan tanggungjawab dengan profesional - Saifuddin Nasution

Menurut Saifuddin Nastion, perhimpunan pada Sabtu menterjemahkan komitmen kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara rakyat. - Gambar fail/Bernama
KULIM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpuas hati dengan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan anjuran pembangkang yang dihadiri kira-kira 18,000 peserta di ibu negara semalam.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI jamin kebebasan berhimpun: Menteri Dalam Negeri berpuas hati dengan kawalan keselamatan semasa perhimpunan pembangkang, menyifatkannya sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap hak bersuara rakyat.
- Tiada aduan keselamatan sepanjang perhimpunan: Anggota keselamatan bertugas secara profesional dan bertanggungjawab, memastikan ketenteraman awam terpelihara tanpa insiden.
- Cabaran kepada pembangkang untuk tampil dasar alternatif: Saifuddin menyeru pembangkang agar tidak hanya berhimpun, tetapi membentangkan dasar kebajikan mereka supaya rakyat dapat membuat perbandingan.
"Sehingga kini, belum ada apa-apa aduan (sepanjang perhimpunan). Ini bukti yang paling nyata Kerajaan MADANI ini menjamin kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan untuk dinikmati oleh rakyat sudah pun terbukti kita laksanakan," katanya selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dataran Kulim di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata selepas ini terpulang kepada pihak pembangkang sama ada mahu terus membuat tuntutan terhadap kerajaan melalui penganjuran perhimpunan atau sebaliknya.
"Mereka ada pilihan, nak berhimpun setiap minggu atau nak fokus kepada tugas mereka? Apa tanggungjawab mereka sebagai blok pembangkang? Kalau tak setuju dasar kerajaan dalam soal ekonomi, soal kebajikan, dia (pembangkang) mesti tunjukkan dasar (yang mereka nak buat).
"... jadi, bentangkan kepada rakyat, apa dasar kebajikan mereka? Supaya rakyat boleh nilai... Biar rakyat buat perbandingan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami