awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Turun Anwar: Unit Amal Pas mula masuk barisan, kawal pergerakan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
26/07/2025
02:55 MYT
Himpunan Turun Anwar: Unit Amal Pas mula masuk barisan, kawal pergerakan
Anggota Unit Amal Pas mula berbaris di pekarangan Masjid Negara sekitar jam 10.45 pagi ini sebagai usaha mengawal kelancaran pergerakan peserta Himpunan Turun Anwar, petang ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 80 anggota Unit Amal Pas mula berbaris di pekarangan Masjid Negara sekitar jam 10.45 pagi ini sebagai usaha mengawal kelancaran pergerakan peserta Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar, petang ini.
Pasukan sukarelawan yang sinonim dengan kawalan keselamatan di acara anjuran parti pembangkang itu dilihat mula mengatur posisi dan menerima arahan daripada ketua pasukan masing-masing.
Setakat ini, tiada kelibat mana-mana pemimpin utama parti pembangkang berada di kawasan sekitar untuk meninjau persiapan awal menjelang perarakan menuju ke Dataran Merdeka.
Himpunan ditunjangi Pas itu dijadual bermula jam 2 petang sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa isu berbangkit.
Menurut Setiausaha Akhbar kanannya, Tunku Nashrul Abaidah, Perdana Menteri menyatakan harapan agar himpunan itu berjalan dengan aman selain mengarahkan pihak polis memudahkan kelancaran program.
Tunku Nashrul berkata, pendirian kerajaan dalam perkara itu adalah selaras dengan salah satu prinsip Madani untuk ‘merayakan demokrasi’.
Dalam usaha menghormati hak berkenaan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, beliau telah mengarahkan semua pengangkutan awam, termasuk Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan RapidKL beroperasi seperti biasa hari ini.
Malah, Loke turut menggalakkan peserta menggunakan pengangkutan awam.
Pada Februari lalu, Pemuda Pas mengumumkan rancangan untuk mengadakan himpunan membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), dijangka dibentangkan pada 31 Julai ini.
Bagaimanapun pada bulan lalu, sayap itu memutuskan untuk menjenamakan semula himpunan dengan mengalihkan tumpuan kepada tuntutan agar Anwar meletak jawatan atas beberapa keputusan yang tidak selari dengan kehendak pembangkang.
Beberapa pimpinan PKR kemudian tampil mencemuh pendirian Pemuda Pas yang mengubah himpunan anti-URA kerana isu terbabit tidak mendapat sambutan rakyat.
Topic Berkaitan
#Himpunan Turun Anwar
#Dataran Merdeka
#PAS
#kawalan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan