KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah akan pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian apatah lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini.
"Kerajaan tidak akan melepaskan mereka ini dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah ataupun sivil.
"Sebarang usaha yang cuba menganggu gugat Islam, mereka ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah," katanya mengulas tindakan terhadap beberapa individu yang melakukan provokasi dalam persembahan termasuk di sebuah kelab komedi dan menghina Islam melalui hantaran di laman sosial baru-baru ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu merasmikan Program Quran Hour dan Souq@YADIM anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di sini.
Ahmad Marzuk juga berkata semua tindakan yang dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka yang menghina Islam diharap menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya jangan sesekali melakukan perbuatan serupa.
"Tiada pihak yang mendapat untung daripada perbuatan menghina agama melainkan hanya mencetuskan provokasi dan sengaja mencari publisiti murahan... Dari segi tindakan juga, saya rasa tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana yang sedia ada sudah memadai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Ahmad Marzuk berkata kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah akan pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian apatah lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
Orang ramai diminta henti perbuatan hina agama di media sosial - Mohd Na'im
Seluruh masyarakat berbilang bangsa dan agama perlu gunakan platform media sosial untuk tujuan merapatkan hubungan serta mengeratkan perpaduan.
Lelaki ditahan hina agama, persenda ucapan salam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.
Tujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka - Teo Nie Ching
Kerajaan juga tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial pada masa kini.
Akta sedia ada mencukupi untuk denda individu hina Islam - Idris
Akta-akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan denda terhadap individu yang menghina agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
Hina agama: Tiada kompromi kepada pihak sengaja lakukan provokasi - Ahmad Marzuk
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama.
Lapor kepada pihak berkuasa jika Islam dihina, jangan ambil tindakan sendiri
Undang-undang di Malaysia adalah mencukupi untuk digunakan bagi menghukum individu yang menghina kesucian agama Islam.
Rasa kecewa, putus asa hadapi masalah hidup punca hina agama
Perasaan kecewa dan putus asa apabila berhadapan dengan masalah-masalah hidup menjadi antara kemungkinan seseorang bertindak menghina agama.
Tiada kompromi perlakuan hina agama, provokasi permusuhan
Rakyat diseru untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama dan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
Hina Islam: Siti Nuramirah mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM20,000
Siti Nuramira dikenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, selain perlu serahkan pasport kepada mahkamah.