Polis telah menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Catt Ginger' yang didakwa menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ketua Polis Negara Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut di laman Twitter rasminya memaklumkan tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Dalam status Facebook tersebut, pengguna yang menggunakan nama Facebook 'Catt Ginger' bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan.
Pengguna Facebook itu turut meletakkan ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jul 05 2017
Pengguna Facebook itu turut meletakkan ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hina Agong: Catt Ginger ditahan polis
Polis telah menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Catt Ginger' yang didakwa menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Laporan polis dibuat ke atas pemilik FB hina Agong
Sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta agama Islam.