awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Agong, NGO dan Pemuda UMNO minta hukuman tegas dijatuhkan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/07/2017
00:31 MYT
Hina Agong, NGO dan Pemuda UMNO minta hukuman tegas dijatuhkan
Empat NGO dan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina YDP Agong. - Gambar Astro AWANI
Empat badan bukan kerajaan (NGO) bersama Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang membuat lima laporan polis mahu tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad mengetuai bersama lebih 30 ahli pertubuhan masing-masing.
Sheikh Razali berkata, empat NGO yang membuat laporan tersebut ialah Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Majlis Belia Felda, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Pertubuhan Kebajikan Amal Jariah Islamiah SeMalaysia (Pekisa).
Katanya, mereka bersepakat membuat laporan polis apabila tercabar melihat penghinaan dan perkara tidak sepatutnya dibuat pada gambar Yang di-Pertuan Agong seterusnya menggesa pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya bagi mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang dikenali sebagai 'Catt Ginger’.
“Dalam fasal 32, ketua umum negara ialah YDP Agong. Justeru hal ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau diikutkan, kami mahu hukuman berat dijatuhkan iaitu dilucutkan kerakyatan,” kata Sheikh Razali.
Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat laporan di IPD Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
Sementara itu, ahli NGO berharap agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu dengan tegas kerana melibatkan maruah kesultanan dan menghina rakyat Malaysia agar menjadi pengajaran kepada pemilik akaun Facebook yang tidak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#Agong
#Facebook
#Kelantan
#NGO
#Pemuda UMNO
#RAJA
#Sultan Muhammad V
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan