Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir mungkin tidak perlu bergantung kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia, namun beliau harus sedar betapa besarnya nilai bantuan itu kepada golongan yang memerlukan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mokhzani harus sedar kekayaan yang beliau miliki juga bukan sesuatu yang harus dibanggakan, kerana pada zaman ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, Mokhzani mendapat kontrak bernilai berbilion ringgit daripada kerajaan ketika itu.
“Mokhzani tak apa lah, pak dia siapa. Masa pak dia jadi perdana menteri, dia dapat kontrak berbilion tuan-tuan daripada Petronas.
"Tetapi jangan sampai menghina orang, (dia) dah kaya tu kayalah, orang miskin minta pertolongan, kerajaan BN lah yang akan membantu,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin bersama Rakyat Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.
Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mokhzani semalam, yang dilaporkan sebagai berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan jika menerima BR1M.
Sebuah portal berita semalam memetik beliau sebagai berkata, rakyat boleh berbangga dan merasa seperti juara sekiranya mereka kaya, dan rakyat boleh berbangga sekiranya mereka menjadi kaya atas hasil usaha keras diri masing-masing.
Sewaktu majlis bersama rakyat di Parlimen Tasek Gelugor pula, Najib dalam ucapannya berkata, pengundi Pulau Pinang khususnya harus menilai sejauh mana tahap kecekapan kerajaan negeri di bawah pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
“Pulau Pinang ini contoh janji (Pakatan Harapan) hanya tinggal janji. Mereka mungkiri janji banyak. Rumah mampu milik (sebagai contoh), berapa banyak? Tadak.. Orang India sebut ‘yilek’. Dalam Bahasa Hokkien, dia sebut ‘bo liao’. Banjir berapa kali banjir? saya tengok di sini, hampir 150 kali.
“Ini tak termasuk soal banglo, tak termasuk soal terowong bawah tanah...banyak bab lain. Ini yang saya katakan, jangan termakan dengan pembangkang, mereka ini akan cuba untuk menyajikan kepada kita janji-janji palsu,” katanya lagi.
Najib berkata, ini berbeza sama sekali dengan rekod pencapaian BN yang mana 99.4 peratus janji dalam manifesto untuk pilihan raya umum yang lepas, telah ditunaikan.
Firdaus Azil
Sat May 05 2018
Berbeza sama sekali dengan rekod pencapaian BN yang mana 99.4 peratus janji dalam manifesto untuk pilihan raya umum yang lepas, telah ditunaikan.
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.