awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang

Bernama
Bernama
07/04/2024
01:40 MYT
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Jabatan Mufti Pahang menyeru agar masyarakat tidak membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUANTAN: Masyarakat Islam perlu berwaspada dan menolak apa sahaja ajaran yang menyeleweng atau ajaran sesat yang mampu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku serta membawa perpecahan dalam masyarakat.
Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Jabatan Mufti negeri Pahang menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran menyeleweng atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan memantau sebarang bentuk ajaran atau fahaman yang mencurigakan agar dapat dibendung dan ditangani dengan sebaik-baiknya demi kesucian akidah umat Islam di negeri ini.
"Jabatan Mufti negeri Pahang menyeru agar masyarakat tidak membiarkan diri mereka terperangkap dalam jaringan ajaran sesat.
"Semoga kita teguh bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran atau fahaman yang menyeleweng atau sesat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Mufti Pahang
#Ahli Sunnah Wal Jamaah
#ahli agama bertauliah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan