Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini terus mengamalkan prinsip wasatiyyah atau kesederhanaan dan berwaspada daripada terjerumus ke kancah salah tafsir konsep jihad.
Perdana Menteri berkata dengan berpegang kepada hukum-hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.
"...apatah lagi terperangkap dalam fahaman atau ideologi terlalu ekstrem seperti yang diperlihat kumpulan pengganas Daesh, dan tidak pula terlalu liberal," katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1438H bertema 'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah' malam ini.
Najib turut mengingatkan rakyat tentang bahayanya tindakan pihak tertentu yang menyemai bibit perpecahan di negara ini.
"Kita perlu menjauhi segala segala anasir yang mencetuskan perpecahan, termasuk ancaman dalang-dalang dalam negara yang ingin menjatuhkan secara tidak demokratik kerajaan yang dipilih," kata beliau.
"Ini semua dek angkara damak dan racun orang asing serta penjajahan bentuk baharu," kata Najib.
Dalam perutusan itu, beliau mengajak masyarakat Islam merenung sejenak di mana letak duduk mereka sebagai satu umat.
Beliau menimbulkan persoalan sama ada mereka kini golongan yang dihormati kerana ilmu, akhlak dan tamadun seperti waktu dahulu atau kian disalahertikan sebagai puak pelampau dan pengganas sehingga ditafsir daripada perspektif yang salah.
Bagi Malaysia, katanya, UMNO melalui pemerintahan Barisan Nasional telah berjaya hampir enam dekad mengangkat syiar dan pengamalan Islam ke tahap yang dibanggakan.
Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa Malaysia kini telah dijadikan negara Islam contoh yang maju lagi progresif di seluruh dunia.
Beliau merujuk kepada laporan 'State of the Global Islamic Economy 2015/2016' oleh Thomson Reuters yang meletakkan Malaysia di tangga pertama daripada senarai 73 negara di dunia.
Menurutnya Malaysia juga merupakan penerbit sukuk terbesar dunia merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global bernilai lebih US$320 bilion setakat penghujung 2015.
Malah, hasil daripada laporan kali pertama selepas Indeks Syariah dilancarkan pada 2015, Malaysia memperoleh skor keseluruhan dalam pelbagai bidang melebihi 75 peratus, kata perdana menteri.
"Namun, kita sedar masih banyak ruang dan ikhtiar yang boleh dilakukan dalam memenuhi agenda umat Islam kini termasuk memperkukuh kebersatuan umat, menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini serta memperkasa ekonomi," kata Najib.
Beliau berkata paling mustahak umat Islam di Malaysia harus terus diperkasa ke arah melahirkan generasi yang Islami dan golongan mudanya dapat bergelar 'Ulul Albab'.
"Dalam kata lain, generasi yang dinamik, berdaya saing, berdaya maju dan penuh nilai-nilai keunggulan ke arah menyegar dan mengembalikan tamadun Islam," kata Najib.
Perdana menteri seterusnya mahu Malaysia terus diperteladan sebagai negara Islam contoh daripada segenap sudut termasuk ekonomi, siasah dan masyarakatnya.
"Menuju ke hadapan, umat Islam dan rakyat Malaysia perlu melakukan transformasi dan anjakan paradigma, sentiasa mengamalkan budaya ketekunan, berdisiplin serta sistematik dalam menjalankan tugas dan amanah dalam menghadapi liku-liku serta cabaran mendatang," kata beliau. -Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016
Perdana Menteri berkata dengan berpegang kepada hukum-hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar. -Gambar fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
PRU15: MCA kekal bersama BN, pastikan kemenangan - Wee Ka Siong
Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.
Sambut Syawal penuh kesederhanaan - Mufti
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.
Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM
Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis GMM sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.
Perdana Menteri seru rakyat kekalkan konsep kesederhanaan
Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal aman dan harmoni bagi membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Konsep kesederhanaan Malaysia dihargai di pentas dunia - Ali Hamsa
Konsep kesederhanaan yang dibawa oleh Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihargai di pentas antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri
Hindari salah tafsir konsep jihad, hayati prinsip wasatiyyah - PM
Perdana Menteri berkata dengan berpegang kepada hukum-hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.
Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.
'Wasatiyyah tidak sama dengan liberalisme'
Wasatiyyah adalah usaha untuk mengimbangi semua kepentingan untuk mencari jalan yang boleh disifatkan sebagai muafakat antara semua.
Malaysia seru dunia guna kesederhanaan untuk henti keganasan
Katanya di seluruh dunia, umat Islam hanya mampu melihat dengan perasaan hampa konflik yang meruntuhkan beberapa komuniti tertua mereka.
Konsep kesederhanaan wajar diperkasakan
Kesederhanaan merupakan sikap terpuji yang dituntut dalam setiap agama yang seseorang untuk tidak mudah lupa diri, mengawal emosi dan sentiasa bersiap-siaga.